Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sat] | ڤست

Definisi : 1. sangat cepat, pantas: air sungai itu mengalir dgn ~nya; 2. berkembang dgn cepat, maju dgn cepat: mereka mendapat kemajuan ~; perusahaan yg ~; memesatkan 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; kepesatan perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sat] | ڤست

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Maesa ramentacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sat] | ڤست

Definisi : 1 cepat sekali; laju: Air sungai itu mengalir dgn ~nya. 2 cepat berkembang (bkn pembangunan, perusahaan dsb): perusahaan yg ~. memesatkan menjadikan pesat (bkn pembangunan dll); mempercepat: Kita hendaklah berusaha ~ pembangunan negara. pemesatan perbuatan atau proses memesatkan: Banyak usaha dan banyak pihak yg terlibat dlm ~ ekonomi negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesat
Rujuk :pantas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pembangunan di kawasan tersebut begitu pesat sekali sejak akhir-akhir ini. Apakah kesalahan dalam ayat ini?Tiada kesalahan dalam ayat tersebut.Tatabahasa04.08.2013
Assalamualaikum, Saya ingin minta nasihat terjemahan paling tepat untuk ungkapan 'Going Viral' (dalam konteks penyebaran idea, perkataan, imej dan bunyi dalam era digital). Bolehkah saya terjemah ungkapan 'Going Viral' sebagai 'Penyebaran Pesat'? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "going viral". Oleh itu, puan boleh menggunakan istilah penyebaran pesat sekiranya sesuai dengan konsep dan konteks penggunaan.Istilah01.04.2013
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan.

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Bau yang harum/harum baunya  

2.    2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang

3.    3. Berlari dengan pantasnya

4.    4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur

5.    5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya

6.    6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan

7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini.

Tatabahasa15.07.2021
Saya ingin memohon cadangan terjemahan Bahasa Melayu bagi "Internet Of Things" atau IOT, satu cabang sektor ICT yang sedang berkembang pesat di Malaysia dan di dunia. Terima kasih.Pertanyaan tuan telah kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi dan kami berusaha untuk memberikan jawapan dengan kadar segera. Jawapan akan di-e-mel terus kepada tuan melalui alamat yang tertera.Istilah24.02.2014
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihKami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami.Tatabahasa28.01.2021
bagaimanakah bahasa asing mempengaruhi perkembagan bahasa melayu, khususnya di sekolah-sekolah di malaysia?Bahasa Melayu seperti bahasa moden yang lain tidak terlepas menerima pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa Melayu dututurkan oleh ratusan juta manusia daripada pelbagai etnik dan bangsa sudah pasti pesat berkembang dan dalam proses tersebut sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain. Soalan saudara sebenarnya terlalu luas  untuk dibincangkan dalam wahana yang sebegini dan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk makalah atau buku yang berkaitan dengan tajuk tersebut.Lain-lain28.11.2009
apakah tatabahasa struktural?Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna.Tatabahasa27.07.2006
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GLOTALISASI DAN CONTOH-CONTOHNYA

Puan,

Makna globalisasi ialah proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya.

Makna11.08.2010
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia.

Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai.

Berikut ialah makna kata natif dalam KDP:
natif ناتيف
kata adjektif
1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir.
Contoh:
Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka.

2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing.
Contoh:
a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama.
b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara.

3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh.
Contoh:
a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu.
b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.

Makna09.01.2025
Apakah langkah yang diambil DBP untuk merakam kata-kata baharu seperti 'pengantunan' dan 'amang seksual' atau 'nirbingkai'/'nirwayar' dalam PRPM? Kamus Besar Bahasa Indonesia versi Daring dibawah kendalian Kemendikbud dimutakhirkan dua kali setahun (April dan Oktober). Apakah DBP juga bercadang berbuat demikian? Kamus cetak seperti Kamus Dewan tidak lagi mampu menjadi rujukan terkemas kini akibat perkembangan bahasa yang begitu pesat. Saya rayu DBP untuk memperhebat PRPM sebagai sumber terkemas kini berkait kosakata bahasa Melayu Nusantara.Kami mengambil maklum cadangan tuan berkaitan frasa ’pengantunan kanak-kanak’, ‘amang seksual’ dan ‘nirbingkai’/nirwayar’.  Cadangan tuan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. Kami amat menghargai keprihatinan dan cadangan yang diberikan dalam usaha bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan.Istilah15.03.2019
12

Kembali ke atas