Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Mohon ulasan yang lengkap daripada pihak tuan jika ada. 1) Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk. | Ayat tersebut betul dari segi struktur ayat. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. | Lain-lain | 29.10.2009 |
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan-kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok. 2. Beberapa kawasan yang dilimpahi banjir di negeri Pahang akan dimajukan sebagai kawasan pertanian dan ternakan ikan air tawar. | Tatabahasa | 29.10.2009 |
Ayat mana yang betul 1. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. ATAU 2. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. | Kedua-dua ayat yang diberikan sama. | Lain-lain | 26.05.2010 |
1) Dari segi atau daripada segi? 2) Apa beza penggunaan depan dan hadapan? 3) Apa beza pesawat dan kapal terbang? | 1) 1. Frasa yang betul ialah “dari segi” 2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, “depan” dan “hadapan” mempunyai maksud yang sama. Contoh frasa, “tahun depan” dan “tahun hadapan.” 3. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana “ kapal terbang” dan “pesawat” membawa maksud yang sama iaitu kapal berjentera yang boleh terbang di udara, mempunyai sayap dan biasanya digunakan untuk membawa penumpang dan lain-lain. Namun begitu, terdapat makna-makna lain yang berkaitan dengan “pesawat”. Tuan boleh merujuk halaman 1975 dalam Kamus Dewan Pedana, terbitan DBP.
| Tatabahasa | 17.11.2022 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Forward Swept Wing Aircraft 2) Flying Wing Aircraft 3) Fan Wing Aircraft 4) Gull Wing Aircraft 5) Monoplane 6) Shoulder Wing Monoplane 7) Optionally Piloted Vehicle Bantuan pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) Forward Swept Wing Aircraft - Pesawat Sayap Sapu ke Hadapan 2) Flying Wing Aircraft - Pesawat Sayap Terbang 3) Fan Wing Aircraft - Pesawat Sayap Kipas 4) Gull Wing Aircraft -Pesawat Sayap Burung Camar 5) Monoplane - Kapal Terbang Ekasayap 6) Shoulder Wing Monoplane - Kapal Terbang Ekasayap Tinggi 7) Optionally Piloted Vehicle - Pesawat Kawalan Pilihan | Istilah | 16.01.2016 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan bagi istilah berikut? 1)Narrow Bodied Jet Aircraft 2)Regional Jet Aircraft Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. Narrow Bodied Jet Aircraft - Pesawat Jet Berbadan Sempit 2. Regional Jet Aircraft - Pesawat Jet Jarak Dekat | Istilah | 16.01.2016 |
Apakah terjemahan bagi 'airbus'? Kamus Dwibahasa DPB memberi 'bas udara'. Satu lagi terjemahan yg saya dapati (bukan DBP) ialah 'pesawat udara yg besar'. Harap mendapat nasihat. | Istilah airbus dalam bidang pengangkutan membawa dua maksud, 1. Bas yang khusus untuk membawa penumpang dari lapangan terbang terus ke pusat bandar, 2. Pesawat yang dibuat di Airbus Industrie, Paris, contohnya AB600. Bas udara yang saudara maksudkan ialah padanan "air-bus" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 11.03.2009 |
I am writing from AirAsia Academy and would like to know the correct terminology for the different positions that pilots hold in an airline. What is the correct Bahasa Malaysia term for the following: 1. Commander of the Aircraft 2. Captain 3. Co-pilot 4. First Officer (also pilot in the cockpit who works with Captain/commander of the aircraft) Would appreciate a response soonest. Thank you. Regards Brenda Marshall | Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Pesawat Udara 2. Kapten 3. Pembantu Juruterbang 4. Pegawai pertama (jika membawa maksud "pilot", padanannya "juruterbang) | Istilah | 09.08.2009 |
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan? | Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2008 |