Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.su.ruh.ja.ya] | ڤسوروهجاي

Definisi : 1. orang (pegawai) yg dilantik oleh suruhanjaya dll (utk memegang jawatan atau tugas penting); 2. wakil sesuatu kerajaan yg menjadi ahli persatuan negara (Komanwel dll); P~ Tinggi ketua diplomat negara Koman­wel di negara Komanwel yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.su.ruh.ja.ya] | ڤسوروهجاي

Definisi : 1 orang yg ditauliahkan utk memegang sesuatu jawatan atau mengurus sesuatu tugas penting: ~ Sumpah. 2 wakil kerajaan sesebuah negara Komanwel di negara Komanwel yg lain: ~ Tinggi ketua diplomat negara Komanwel di negara Komanwel yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesuruhjaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar.

Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran.

Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Tatabahasa03.11.2008
1. Adakah pesuruh-pesuruhjaya betul? 2. Adakah selepas bertujuan tidak boleh letak untuk?Perkataan pesuruhjaya apabila digandakan menjadi pesuruhjaya-pesuruhjaya. Selepas perkataan bertujuan tidak perlu menggunakan kata sendi untuk.Tatabahasa20.10.2008
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih.1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka
lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.
4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya.
5. Ayat a, b, c, dan d betul.
Tatabahasa24.03.2013
Setiap Pengakap di peringkat negeri mempunyai ketua pengakap yang berjawatan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Di peringkat negara diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang rata-rata nemggunakan National Chief Commissioner dalam bahasa Inggeris. Soalan: Apakah perkataan yang sesuai untuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam bahasa Inggeris? Adakah State Chief Commissioner atau Chief State Commissioner? Terima Kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi nasihat bahasa untuk bahasa Melayu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.04.2018
I Pesuruh-pesuruhjaya negara ASEAN yang bermesyuarat di negara kita diraikan dalam satu majlis makan malam. II Pengambilahlian syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurusan. III Adik begitu lancar bila menyebut perkataan yang diucapkan oleh ibu. IV Untuk mengatasi masalah kesempitan wang, Amir melakukan kerja sambilan selepas waktu pejabat. Antara ayat di atas, yang manakah tidak mempunyai sebarang kesalahan?Ayat yang gramatis ialah ayat IV Untuk mengatasi masalah kesempitan wang, Amir melakukan kerja sambilan selepas waktu pejabat.Tatabahasa13.06.2012
Apakah golongan kata bagi kata 'Pulau Pinang' , 'pesuruhjaya' dan ' keibubapaan' ?Salam sejahtera, Golongan kata bagi Pulau Pinang ialah kata nama khas, pesuruhjaya tergolong dalam kata nama am manakala keibubapaan pula tergolong dalam adjektif yang merujuk kepada sifat. Terima kasih.Tatabahasa23.01.2018
Salam sejahtera. Saya ingin cadangkan bahawa satu jawatan baharu digelar 'Pesuruhjaya Bahasa Malaysia' diujudkan. Antara tugas utama pegawai ini adalah untuk mengesahkan betul (dari segi tatabahasa, nahu dsbnya) dokumen yang penting termasuk papan-tanda/notis yang hendak dipamerkan kepada umum. Saya dapati pencemaran bahasa Bahasa Malaysia mahu pun Inggeris berlaku secara berleluasa sekarang dan pihak kerajaan hendaklah mewajibkan semua dokumen tertentu dan papantanda/notis yang disahkan oleh pegawai tersebut sahaja boleh diterima. Pegawai ini hendaklah dilantik oleh DBP dan status mereka adalah sebagai pegawai badan berkanun atau pun swasta seperti Pesuruhjaya Sumpah. Sekian, terima kasih. KRISHNANTerima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman tuan, setiap permohonan iklan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa yang berlaku mungkin terdapat iklan yang tidak disahkan tetapi diletak untuk paparan di tempat awam. Kami berharap dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk orang awam  dengan melaporkan kesalahan bahasa yang ditemukan kepada DBP masalah seperti ini dapat kita kurangkan sedikit demi sedikit. Aduan kesalahan bahasa boleh disalurkan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa".Pengembangan30.06.2015
PERMOHONAN MEMBEKAL DAN MEMASANG PAIP DAN SALURAN AIR DI PEJABAT BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR BAGI TUJUAN MEMASANG MESIN AIR COWAY adakah struktur ayat ini betul?Ayat tersebut betul.Lain-lain03.04.2017
Senarai kata majmuk yang boleh digabungkan( dirapatkan)

Saudara,

 Perkataan tersebut ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama,  matahari, olahraga, pesuruhjaya, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan,  dan tanggungjawab.  

Lain-lain30.11.2009
saya mohom untuk mendapat kesemua senarai kata majmuk yang telah mantap.Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa24.02.2013
123456

Kembali ke atas