Saya ada satu cerpen, sekiranya di hantar kepada DBP untuk diterbitkan, adakah akan mendapat bayaran?Berapa bayarannya? Di ruangan manakah akan diterbitkan? Kepada siapa perlu di hantar cerpen tersebut. sekian. TQ | Tahniahl kepada sdr. berminat dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan sebuah cerpen. Mudah-mudahan sdr. giat lagi berkarya dengan menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu. Berhubung dengan kadar saguhati atau honorarium (mengikut Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2/2006) yang dibayar kepada cerpenis yang cerpen mereka disiarkan oleh pihak DBP adalah seperti yang berikut: i. Terbit di majalah a) Dewasa/umum = RM 300.00/siaran b) Remaja = RM 200.00/siaran c) Kanak-kanak = RM 100.00/siaran ii. Jurnal = RM 300.00/siaran iii. Tabloid = RM 100.00/siaran Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam. | Lain-lain | 08.10.2008 |
Assalamualaikum. Pada 4hb Mei 2017, saya mengajukan soalan mengenai satu istilah bahasa Arab. Pihak DBP memaklumkan bahawa soalan saya telah dihantar kepada pakar bahasa Arab dan akan menghantar jawapan sebaik menerima maklum balas. Pada 23hb Ogos 2017, saya membuat susulan. Malangnya emel balas pihak DBP tidak didaftarkan ke peti masuk emel saya. Maaflah. Hari ini saya majukan soalan saya sekali lagi. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Arab ini: (اِسْمُ الْعَلَمِ)? Adakah: (i) isim al-alami, (ii) isim al-alam, (iii) isim alami, (iv) isim alam, (v) kata nama al-alami, (vi) kata nama al-alam, (vii) kata nama alami, (viii) kata nama alam, (ix) kata nama semula jadi, atau (x) suatu istilah lain yang selain daripada yang disenaraikan di atas? Terima kasih. | Tiada maklumat tentang istilah berkenaan dalam pangkalan data kami. DBP tidak menerbitkan kamus/istilah nahu dan saraf bahasa Arab, maka agak sukar untuk kami mendapatkan jawapan tentang istilah yang berkenaan daripada pihak yang berwenang. | Tatabahasa | 13.01.2018 |
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. 2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu. 4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Sekian, terima kasih. | Makna | 07.08.2017 |
Assalamualaikum, tuan'/puan saya ingin hantar karya yang saya cipta sendiri. Tapi saya tak tahu bagaimana | Sila kemukakan karya tuan kepada: Ketua Editor, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR. Karya tuan akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan. | Lain-lain | 04.09.2015 |
Happy EverAfter Didn't Exist Aug 28th, 8:12pm Terima kasih atas maklum balas,saya ada satu soalan. Bagaimana prosedur untuk menghantar karya kepada DBP ? | Sila kemukakan karya tuan kepada: Ketua Editor, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR. Karya tuan akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan. | Lain-lain | 28.08.2015 |
Saya berminat untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Bagaimana boleh saya dapatkan panduan menulis untuk penerbitan? | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Untuk keterangan lanjut, sdr. bolehlah menghubungi Puan Hajah Zalila binti Sharif, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur atau e-mel: zalila@dbp.gov.my. | Lain-lain | 16.07.2009 |
Tuan, saya berminat menghantar karya saya dalam bentuk cerpen dan puisi kepada majalah DBP tetapi saya tidak tahu majalah mana yang sesuai dengan tema cerpen atau puisi yang akan saya hantar nanti. ke mana harus saya hantar cerpen ataua puisi ini? terima kasih | Sila kemukakan karya Sdr kepada: Ketua Editor, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR. Karya Saudara akan disalurkan kepada majalah yang bersesuaian sekiranya terpilih untuk diterbitkan. | Lain-lain | 26.06.2012 |
Salam. 1. Manakah ayat salah dan apakah rumusnya? a. ...boleh berhubung dengan saya di talian 0179040418 b. ...boleh berhubung dengan saya atas talian 0179040418 2. Manakah kedua-dua tajuk surat di bawah betul dan apakah rumusnya? a. URUSAN MEMBUKA TENDER KEBERSIHAN... b. PENGURUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN.. c. URUSAN PEMBUKAAN TENDER KEBERSIHAN... Mesej yang dikehendaki adalah memaklumkan urusan membuka peti tender yang akan berlangsung. | 1. Ayat yang gramatis ialah ... berhubung dengan saya melalui talian ..., kata sendi nama di diikuti dengan tempat seperti di Kuala Lumpur dan kata atas menunjukkan keterangan tempat seperti atas meja. 2. Urusan Membuka Tender Kebersihan merujuk urusan perbuatan membuka tender, manakala Urusan Pembukaan Tender Kebersihan merujuk urusan proses atau peri hal perbuatan tersebut. Lazimnya dalam penamaan frasa dalam bentuk kata nama yang sering digunakan seperti Pembukaan Tender Kebersihan. | Tatabahasa | 06.11.2012 |
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat | 1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat. 2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. 3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak: 4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
| Tatabahasa | 22.07.2018 |
Salbiah Seliman AHA 9.04 PAGI Salbiah Seliman Salbiah Assalamwmwkt. Saya Salbiah Seliman. Saya ada beberapa buah cerpen yang saya ingin hantar ke DBP untuk diterbitkan oleh mana-mana majalah DBP yang sesuai. Apakah alamat email yang perlu saya gunakan? Terima kasih. | Sila kemukakan karya tuan kepada: Ketua Editor, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR. Karya tuan akan disalurkan kepada majalah | Lain-lain | 07.05.2017 |