adakah betul ejaan 'petroliam' pada singkatan Petronas? | Saudara, Perkataan 'petroleum" dalam bahasa Inggeris apabila diserapkan ke dalam bahasa Melayu tetap menjadi "petroleum" bukan "petroliam". Walau bagaimanapun, perkataan "petroliam" pada nama Petronas sudah menjadi nama khas yang telah didaftarkan. | Ejaan | 21.10.2010 |
Memohon khidmat nasihat daripada pihak Tuan untuk menyemak istilah bahasa Inggeris untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan betul dan tepat. Istilah Bahasa Inggeris: Technology Digital Commercialisation Cadangan Bahasa Melayu: 1. Komersialisasi Teknologi Digital 2. Pengkormersialan Teknologi Digital Konsep : "Technology Digital Commercialisation" merupakan satu cabang di bawah syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) | Jawapan yang betul dan tepat ialah Pengkomersialan Teknologi Digital. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.07.2024 |