Putera Pg Azlan Sep 30th, 1:42pm Assalammualaikum yang berbahagia Datuk, saya Wan Amir Azlan Bin Wan Haniff dari UUM, salah seorang peserta Program pembinaan Bakat Siswa... seperti yang tuan sudah sedia maklum mengenai surat semalam, saya ingin respons dengan berharap agar perkara ini dapat disiasat dengan teliti Tuan, bukan niat saya untuk mengeruhkan keadaan memandangkan program ini telah pun berakhir, saya cuma berharap agar selepas ini ia tidak berlaku lagi, dan untuk makluman tuan, saya telah bersedia 5 bulan lamanya untuk pertandingan ini dan setiap persediaan tersebut mempunyai harga yang perlu pihak kami bayar untuk jayakannya ditambah pula jarak universiti kami yang sangat jauh. kami cuma berharap pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan teliti tanpa ada miring kepada mana2 pihak. .. Saya meminta maaf jika saya tersilap kata, segala kerjasama tuan sangatlah saya hargai.. | Syabas atas pelibatan dan komitmen tuan dalam Program Bakat Siswa. Semua peserta layak untuk menang tetapi hanya seorang yang akan dipilih sebagai pemenang, iaitu peserta yang mempunyai markah tertinggi dalam kumplan tersebut. Perlu diingat, panel hakim yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan berintegriti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang aduan, tuan boleh menghubungi pihak urus setia di Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, di talian 03-21479222/9216/9217 atau e-mel aduan kepada Ketua Bahagian Puan Siti Aisah Murad di talian aisah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.09.2014 |
Slmt pg, saya cuma nak tahu di manakah saya boleh dapat buku teks yang terbaru bagi Tahun 1 2011? Ini adalah kerana sekolah kami ingin membuat persediaan bagi tahun depan dalam cuti persekolahan yang akan datang. Sekian, terima kasih. | Buku Teks Tahun 1 Kegunaan Mulai Tahun 2011 sedang diedarkan ke sekolah-sekolah. | Lain-lain | 22.10.2010 |
Dari segi penggunaan dalam penulisan Pentadbiran Pejabat {apakah perkataan singkatan} yang boleh diguna pakai bagi perkataan ( Pengurusan ) dan ( Pembangunan ). 1. Adakah Pengurusan bagi singkatan (Pg) atau (P) Atau 2. Adakah Pembangunan bagi (P) atau (Pg) Apakah singkatan perkataan yang betul bagi dua-dua perkataan di atas? Sekian, terima kasih. t.t. (Rusli b. Kamaruddin) PA. YB. Dato | Tidak ada panduan khusus dan senarai lengkap bagi singkatan perkataan. Singkatan perkataan lazimnya dalam bentuk yang mudah dan diketahui umum seperti kg. untuk kampung, sg. untuk sungai dan jln. untuk jalan. Kata seperti pengurusan dan pembangunan tidak dikenali singakatannya sebab jarang-jarang digunakan, walau bagaimanapun tidak salah untuk pihak tuan mengadakan singkatan bagi perkataan tersebut asalkan boleh difahami oleh khalayak. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Cara penulisan berkaitan masa di dalam surat, minit mesyuarat, banner,brosur dll | Sistem pemenggalan waktu adalah seperti yang berikut: 1.00 pagi/pg. hingga 11.59 pagi/pg. (pagi) 12.00 tengah hari/tgh. hingga 1.59 tengah hari/tgh. (tengah hari) 2.00 petang/ptg. hingga 6.59 petang/ptg. (petang) 7.00 malam/mlm. hingga 11.59 malam/mlm. (malam) 12.00 tengah malam/tgh. mlm. hingga 12.59 tengah malam/tgh. mlm. (tengah malam) | Lain-lain | 07.02.2015 |
Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. This is the opening hour signage for shopping mall.Can we have the short form for the time ? e.g.Pagi > PG, Malam>MLM Waktu operasi baru: 1. Pusat membeli-belah:10PG-8MLM 2. Medan selera eaterie: 9PG-6PTG 3. Tempat letak kereta: 7PG-11MLM Thank you !! | Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut: PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik) seperti 10 PG. - 8 MLM. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
Sri Shan Balaraman 8.49 PAGI Smlt pg... mohon pencerahan ttg peribahasa... bagai kera mendapat bunga/seperti kera mendapat bunga... yg mana satu betul penggunaannya? Tq | Untuk makluman tuan, dalam data rujukan kami peribahasa yang betul ialah bagai kera mendapat bunga. | Tatabahasa | 23.05.2017 |
Tetapi tuan, sila rujuk kembali tatabahasa dewan pg 515, (I)keterangan musabab ,18.3.3.1., contoh ayat ke 115, ayat tersebut telah menggunakan 'sebab' sebagai kata hubung. Bolehkah tuan memberikan penjelasan kepada saya . Sekian. | Sila baca dengan teliti Tatababasa Dewan, halaman 515. Ayat 115 yang dimaksudkan jelas menyatakan: Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. Ayat ini menggunakan kata hubung keterangan musabab oleh sebab, bukannya sebab. | Tatabahasa | 02.09.2014 |
Sri Shan Balaraman ISN 11.07 PAGI Selamat pg... saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan sesetengah... adakah 'sesetengah' digunakan utk merujuk kpd manusia shj atau blh digunakan utk merujuk haiwan, tumb dan perkara. Terima kasih. | Selamat Pagi. Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan “sesetengah” membawa maksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya dan setengah-setengah. Sesetengah juga boleh digunakan selain daripada manusia contohnya seperti ayat berikut. i. sesetengah jenis lebah dan sesetengah penyengat. ii. sesetengah tasik terletak berdekatan iii. sesetengah tumbuhan hijau iv. sesetengah ikan paus sperma v. sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau Ini bermakna perkataan sesetengah boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat, tidak kiralah sama ada manusia, binatang tumbuhan atau benda-benda lain. | Tatabahasa | 29.05.2017 |
1)singkatan untuk 'pagi' 2)singkatan untuk 'petang' | 1)pg. 2)ptg. | Ejaan | 29.11.2011 |
Untuk Disemak | 1. Sila pinda perkataan JELAJAHI kepada MENJELAJAH. 2. Singkatan ejaan pg. dan mlm. perlu dibubuh tanda titik. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan DBP", bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Tatabahasa | 11.05.2012 |