selamat petang.boleh saya tahu apakah kementerian yang bertangungjawap dalam mengendalikan piagam pelanggan ini? | Pigam Pelanggan DBP adalah tanggungjawab dan dikendalikan oleh DBP sendiri. Sebagai makluman semua kementerian mempunyai piagam pelanggan mereka yang tersediri. Tidak ada satu kementerian khas yang bertanggungjawab/ mengendalikan piagam pelanggan di setiap kementerian. Walau bagaimanpun pihak MAMPU ada mengeluarkan pekeliling berkaitan piagam pelanggan sebagai rujukan. | Lain-lain | 07.03.2008 |
Salam dan selamat Sejahtera.Saya ingin membuat semakan mengenai penggunaan bahasa berhubung Piagam Pelanggan JPWPKL iaitu:- (i) membuat pindaan kepada sejumlah lapan (8) perkataan 'dari tarikh' kepada 'daripada tarikh' yang terdapat dalam Pernyataan Piagam Pelanggan No. 2 (1 perkataan); No. 5 ( 2 perkataan); No. 7 (1 perkataan); No. 8 (1 perkataan); No. 9 (1 perkataan); No. 10 (1 perkataan) dan No. 11 (1 perkataan) | Frasa yang betul ialah dari tarikh penerimaan bukannya daripada tarikh penerimaan. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama auat frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
boleh saya tahu apakah maksud piagam pelanggan? dan apakah peranan dalam memajukan sektor pentadbiran dan pengurusan dalam sesebuah organisasi? | Piagam ialah surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll) yang dibuat oleh seebuah institusi atau syarikat. Pelanggan pula ialah orang atau pihak atau lain-lain yang membayar kepada seseorang seperti peguam dan lain-lain (pembina,dsb) untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Piagam pelanggan bermaksud suatu pernyataan yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi seperti bank, pengedar kereta, agensi kerajaan dan lain-lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang terbaik boleh diberikan kepada pelanggan supaya khidmat yang diberikan dapat memuaskan hati pelanggan dan menjaga imej institusi berkenaan. Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi, piagam pelanggan menjadi satu garis panduan yang wajib dipatuhi oleh institusi berkenaan untuk memberikan perkhidmatan yang licin, cepat, berkesan dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini juga berkaitan dengan kos pengurusan yang efektif terhadap organisasi berkenaan. | Makna | 06.03.2008 |
Pihak kami memohon pengesahan perkataan sebenar bagi ayat di bawah iaitu samada 'menyelenggara' atau 'menyenggara' untuk kenyataan ayat didalam Piagam Pelanggan kami. Mohon mendapat maklumbalas pihak tuan. "Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara ATAU menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan penekanan kepada: 1. Jangka masa yang ditetapkan 2. Kos yang ekonomik 3. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan" | Senggara dan selenggara, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu mengurus atau mengendalikan. Perkataan selenggara dari aspek Linguistik - berlaku pengimbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok (senggara - selenggara, guruh - gemuruh, cerlang - cemerlang). | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Minta maaf di sini. Cuma hendak tahu berapa lamakah biasanya untuk dapat kelulusan (as per attached) ? Bagaimanakah kami dapat tahu sama ada sudah lulus atau belum ? Regards, Joreen Lee | Untuk makluman, jika mengikut Piagam Pelanggan kami, masa yang diperlu untuk semakan visual papan iklan ialah 3 hari waktu bekerja. Manakala tentang status kelulusan, pihak kami akan memaklumkannya melalui e-mel. | Lain-lain | 18.04.2017 |
Salam hormat, 1-Berapa lamakah sesebuah karya itu boleh diterbitkan ? 2-Adakah karya yang gagal diterbitkan akan dipulangkan atau sekadar pemberitahuan sahaja ? 3-Tiadakah bengkel penulisan kreatif pada waktu terdekat ini ? | Tempoh sesebuah karya itu boleh diterbitkan adalah berbeza antara setiap penerbit. Mengikut piagam pelanggan DBP, karya akan diterbitkan dalam tempoh kurang sembilan bulan selepas manuskrip lengkap diterima terutamanya bagi karya kreatif. Karya yang tidak diluluskan untuk penerbitan akan dipulangkan kepada penulisnya. Untuk mendapatkan makluman tentang bengkel penulisan kreatif anjuran DBP, sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di alamat e-mel aisah@dbp.gov.my | Lain-lain | 31.10.2010 |
Berapa lama proses pengesahan bahasa pada iklan ? Permohonan saya bernombor 1484/2017 masih dalam proses. Saya menghantar permohonan pada 12 JUN 2017. | Piagam Pelanggan Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam Talian ialah 24 jam waktu bekerja di ibu pejabat (3 hari bekerja) dan Semakan Kedua dan Seterusnya (pembetulan) bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Untuk makluman tuan, permohonan bernombor 1484/2017 (Permohonan kali pertama tidak disahkan kerana ada pembetulan) telah selesai disahkan setelah penyemakan kali kedua pada 18/6/2017. | Lain-lain | 16.06.2017 |
MAKSUD PIAGAM DAN PELANGGAN | Piagam bermaksud 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah dll.(yang tertulis pada batu,logam,dll)2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll.). Pelanggan bermaksud 1. pembeli(surat khabar, majalah)yang tetap2. orang(syarikat)dsb. yang membayar kepada seseorang seperti peguam untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 883 dan 1202. | Makna | 20.06.2008 |
salam.... saya berminat untuk menghantar manuskrip pertama saya ... sebelum itu terlebih dahulu saya ingin mengetahui berapa lama kah proses masa yang diambil dari tarikh penerimaan manuskrip sehingga ke penerbitan ... saya ada layari laman web dbp dan melihat ada manuskrip yang sudah lebih setahun dihantar tapi masih lagi didalam status pembinaan . .... soalan kedua ... berapakah purata bayaran royalti yang dikeluarkan olh pihak dbp kepada penulis dan bagaimana dan bila kah bayaran tersebut dikeluarkan ... terimakasih dan saya berharap soalan soalan ini tidak menyinggung pihak dbp .. | Saudara, (i) Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh kurang sembilan (9) bulan selepas manuskrip lengkap diterima. (ii) Bayaran royalti kepada penulis akan diberi sebanyak 12% untuk buku umum. Bayaran 50% akan dibuat sebaik sahaja buku terbit dan dicetak sepenuhnya mengikut jumlah cetakan yang diluluskan. Selebihnya 50% lagi akan dibayar berdasarkan jualan. Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. Terima kasih. | Lain-lain | 27.08.2010 |
Sallehuddin Ibrahim Jul 31st, 3:57pm Adalah dimaklumkan, saya telah menghubungi Tuan Haji Sulaiman bin Kaiaat melalui e-mel dan dimaklumkan kertas Cadangan Bacaton telah dipanjangkan kepada Haji Halim Harun setelah beliau mengadakan perbincangan bersama JK Kembara Bahasa 2015. Adakah ini bermakna penyertaan bacaton tidak relevan dalam Kembara Bahasa 2015. Saya juga sedang menunggu keputusan hasil perbincangan En Azhar Mohammad Dora bersama JK BBK sebagai jawapan kepada surat permohonan yang saya hantar kepada TKPO bertarilkh 1 Julai 2015. dan susulan pertanyaan secara e-mel. Mohon maaf atas pertanyaan susulan saya melalui ruangan ini. Adakah saya berhak untuk mendapat jawapan rasmi kepada surat yang telah saya majukan dan diberikan penjelasan atas faktor apa cadangan kami tidak dapat direalisasikan sekiranya ada dinyatakan dalam Piagam pelanggan DBP. Terima kasih | Ruangan ini memberikan tumpuan untuk menjawab permasalahan bahasa dalam kalangan pengguna. Atas semangat organisasi kami cuba membantu tuan menangani isu ini, namun kami juga tidak mempunyai maklumat yang tepat tentang hal yang tersebut. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan, kami mencadangkan tuan menghubungi pegawai yang berkenaan, Encik Azhar Mohammad Dora melalui talian 03-41012391 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 31.07.2015 |