Tolong Betulkan ayat ini. Saya memetik piano. Adakah kata kerja memetik sesuai piano? | Ayat tersebut tidak betul, cukup sekadar menyatakan "Saya bermain piano". Kata kerja yang sesuai ialah "menekan" untuk piano. Contohnya, "Abu menekan mata piano". | Tatabahasa | 18.04.2013 |
GUITAR ,VOCAL ,VIOLIN ,GUZHENG ,UKULELE , KEYBOARD, PIANO ,DRUMS | Gitar, vocal, violin, Guzheng, Ukulele, keyboard, piano dan dram. | Ejaan | 07.04.2015 |
Salam tuan di talian. Saya menghadapi kekeliruan tentang penggunaan suku kata KVVKV, contohnya piano. Adakah suku kata tersebut patut ditulis sebagai pi / a / no atau pia / no ? Semoga pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. | Jika kata piano dipenggal mengikut suku kata menjadi pi.a.no dan jika dipenggal mengikut sebutan akan menjadi pia.no seperti yang digunakan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi), DBP, 2008. Penerbit lazimnya menerbitkan buku untuk tujuan pengajarannya, oleh itu kami cadangkan perkataan tersebut dipenggal mengikut bunyi bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Murid-murid, apakah alat muzik yang kamu suka bermain? 2. Saya suka bermain piano. Jika ayat berikut salah bolehkan saya tahu ayat apakah yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maksud seperti ayat di atas? Terima kasih :) | 1. Murid-murid, apakah alat muzik kegemaran kamu? 2. Saya suka bermain piano.
| Tatabahasa | 12.10.2017 |
Assalamualaikum. Mohon beri maksud 'action' yang merupakan komponen dalam alat muzik piano. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi action ialah tindakan atau aksi jika bersesuaian dengan konsep. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.11.2019 |
Assalamualaikum. Saya ingin meminta pengesahan berkenaan ayat berikut. "Melebihi 20 Kelas Muzik boleh dimuat turun percuma yang menunjukkan kepada anda cara untuk bermain lagu hit pada piano dan gitar, diajar oleh artis yang menjadikan lagu itu terkenal" Bolehkah ayat ini dimulakan dengan perkataan "Melebihi"? Terima kasih atas pencerahan. | Tidak boleh. Sebagai contoh ayat: Pengguna boleh memuat turun melebihi 20 kelas muzik yang menunjukkan cara untuk bermain lagu hit menggunakan piano dan gitar yang diajar oleh artis sehingga menjadikan lagu itu terkenal. | Makna | 21.03.2018 |
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan? | Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut: (rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima. | Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004. 1. cuit (cuit) 2. piano (pia.no) 3. berada (be.ra.da) 4. mengandungi (men.ngan.du.ngi) 5. memasuki (me.ma.su.ki) 6. pengunjung (pe.ngun.jung) 7. berkenalan (ber.ke.na.lan) 8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan) | Tatabahasa | 27.03.2013 |
Saya hendak bertanya apakah perbezaan yang betul dan yang sesuai? Saya juga hendak bertanya frasa yang mana betul, di waktu malam atau pada waktu malam? | Menurut data kami, perkataan betul bermaksud 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) peribahasa angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; manakala perkataan sesuai ialah 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan): bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;. Frasa yang betul ialah pada waktu malam kerana perkataan "pada" sesuai merujuk pada waktu dan "di" merujuk pada tempat.
| Tatabahasa | 29.12.2015 |