mohon terjemahan bagi "as part of the due diligence exercise of the joint venture, company does not relies on the approved plan". Adakah sesuai dengan "disebabkan oleh pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasamaini, syarikat tidak bergantung kepada pelan yang diluluskan". ? | Frasa yang betul dari segi tatabahasa ialah "disebabkan pelaksanaan pematuhan piawaian untuk kerjasama ini, syarikat tidak bergantung pada pelan yang diluluskan." | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2014 |
kita mesti menuruti piawaian BMI untuk menjamin kesihatan kita. Ayat ini betul? | Perkataan menuruti tidak sesuai dalam ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah mematuhi. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan makna. | Tatabahasa | 27.07.2013 |
adakah signboard saya menepati piawaian DBP? | Penggunaan bahasa dalam iklan tuan adalah betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 19.11.2015 |
adakah nama syarikat saya (KMK Printing & Graphic Sdn Bhd) menepati piawaian dewan bahasa & pustaka? | Jika belum didaftarkan, kami mencadangkan nama "Syarikat Percetakan dan Reka Bentuk Grafik Sdn. Bhd." digunakan. | Lain-lain | 16.11.2015 |
Tuan /Puan, Untuk makluman pihak tuan/puan,KWSP dalam proses untuk menggunapakai Piawaian Perakaunan Baru MFRS 9. Mohon komen / maklumbalas ke atas istilah-istilah (yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu) yang akan digunakan oleh KWSP bagi Pendedahan ke atas Penyata Kewangan KWSP bermula tahun 2018 seperti di Lampiran yang disertakan | Untuk makluman tuan, kebanyakan istilah/terjemahan yang dilampirkan tiada dalam kamus, istilah atau sumber rujukan kami yang lain. Kami perlu merujuk pihak yang lebih arif dan berwibawa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 21.11.2017 |
Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit" | Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit" | Tatabahasa | 30.04.2019 |
Saya mendapati banyak percanggahan dlm beberapa istilah, bergantung kpd sumber rujukan. Yang manakah disyorkan oleh DBP untuk piawaian? 1) interest (kewangan) = faedah atau bunga? 2) guarantee = jaminan atau gerenti? 3) guarantor = penjamin atau penggerenti? Saya membuat perbandingan antara buku DBP "Istilah Undang-undang (2006)", "Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan (2001)" dan PRPM on-line. Yang manakah sepatutnya diutamakan? Terima kasih. | Encik Mohd Halimi, Antara perkataan bunga dengan faedah, biasanya kita gunakan faedah bagi tujuan rasmi manakala untuk percakapan biasa kita gunakan bunga. guarantee kita gunakan jaminan, manakala guarantor pula ialah penjamin. Jika kita mencari istilah dalam bidang kewangan saya rasa baik kita rujuk Daftar istilah | Istilah | 07.12.2010 |
Saya per mendapatkan penjelasan kenapa permohonan sya telah di tolak. Tolong bagi sebab supaya saya boleh buat permohonan yang mengikut piawaian DBP. Tolong hubungi sya di email berikut : shaed8078@gmail.com atau whatapps di talian +6010-2982985 Syed | Pertanyaan tuan ini berkenaan dengan Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila hubungi nombor ini 03-2147 9600 dan kemukakan no. pendaftaran visual iklan perniagaan anda untuk tindakan yang selanjutnya daripada pihak kami. Terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2017 |
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ? | 1. Menghasilkan produk farmaseutikal secara konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan. 2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 4. Menggunakan Teknologi Terkini. 5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir. 6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan. 7. Kualiti adalah tangungjawab semua. 8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
salam sejahtera, berikut merupakan dasar kualiti organisasi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISME MELALUI PERLAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI saya ingin meminta pandangan, adakah ayat dasar kualiti ini terdapt sebarang kesilapan tatabahasa? contohnya perlaksanaan? terima kasih. | Ayat yang betul ialah; MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA, IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME MELALUI PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI. | Tatabahasa | 14.11.2013 |