Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pic] | ڤيچ

Definisi : 1. sj pokok yg mempunyai bunga berwarna samar dan buahnya bulat dan boleh dimakan, Prunus persica; 2. = buah ~ buah drpd pokok pic yg bulat, berkulit kekuningan, dan isi yg manis; 3. warna kuning kemerah-merahan spt warna buah pic yg masak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pic] | ڤيچ

Definisi : (Muz) darjah tinggi atau rendahnya nada suara (bunyi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pic] | ڤيچ

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya bulat, berair dan berwarna kuning kemerah-merahan), Prunus persica. 2 warna kuning kemerah-merahan spt warna buah pic 1 yg masak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pic] | ڤيچ

Definisi : darjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pic


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum saya ingin bertanya, kebiasaannya dalam penulisan melibatkan komputer penggunaan perkataan selain Bahasa Melayu perlu diitalikkan seperti person in charge (PIC). Tetapi akronim kepada Bahasa Inggeris tersebut PIC adakah perlu diitalikkan dalam ayat Bahasa Melayu? Begitu juga penggunaan Bahasa Arab dalam ayat Bahasa Melayu.Dalam bidang teknologi maklumat PIC merujuk kepada  Picture Image Compression (PIC). Sekiranya singkatan (PIC)  digunakan dalam bahasa Melayunya, singkatan tersebut  tidak perlu diitalikkan.Istilah12.02.2020
Bagaimanakah cara menterjemah atau meletakkan nama makanan asing di dalam ayat bahasa Malaysia? Contoh: Hari ini saya akan buat peach cobbler di rumah mak saya. Tiada padanan yang sesuai untuk "cobbler", manakala "peach" ialah pic. Adakah ia menjadi peach cobbler (diitalikkan), cobbler pic atau pic Cobbler? Mohon pandangan daripada pihak DBP.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

peach cobbler - peach cobbler (diitalikkan)

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain24.06.2021
apakah terjemahan untuk Pitching (bidang muzik).terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah "pitching" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "pitch" dalam bidang muzik yang padanan bahasa Melayunya ialah pic. Maksud pic dalam Kamus Seni Muzik ialah: not muzik yang boleh dikaitkan dengan simbol not muzik secara bertulis atau bunyi not muzik.Istilah10.10.2013
Saya merupakan PIC penerbitan di fakulti saya. Saya berniat untuk menjemput pihak DBP untuk memberi taklimat tentang penerbitan buku dan perkhidmatan yang sedia ada di DBP untuk memudahkan penghasilan buku sperti buku teks dan bergambar. Saya memohon untuk mendapatkan wakil pihak DBP untuk dihubungiBagi tujuan tersebut, saudara boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah seperti maklumat yang berikut:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 30, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my
Lain-lain16.06.2023
Bagaimana status karya saya Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing?Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP.Lain-lain21.01.2026
Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Remaja Senyuman Termanis?

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my.

Lain-lain09.04.2026
Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing?

Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan.

Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP.

 

Lain-lain04.02.2026
Adakah DBP mempunyai terjemahan untuk 'pitch' yang khusus untuk erti 'jarak antara bebenang skru atau gerigi gear'?Kami mencadangkan "pitch" diterjemahkan sebagai "pic". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? Diharapkan dijawab dengan status yang jelas kerana editor dari bahagian buku kanak-kanak dan remaja tidak menjawab e-mel saya ataupun mengangkat panggilan telefon saya. Sekian.

Salam tuan yang budiman,

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my
Lain-lain30.04.2026
Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis?

Salam tuan yang budiman,

Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my.

Lain-lain30.04.2026
12

Kembali ke atas