adakah perkataan bahagian piliihan raya persekutuan dan bahagian pilihan raya negeri perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh: 1) Pada masa ini terdapat sebanyak 222 bahagian pilihan raya persekutuan dan 587 bahagian pilihan raya negeri. 2) Bahagian pilihan raya persekutuan adalah untuk memilih wakil di Dewan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 3) Bahagian pilihan raya negeri adalah untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri. | Terdapat beberapa jenis penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu. Bahagian Pilihan raya dan seumpamanya dikategorikan sebagai nama institusi seperti Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang dimulakan dengan huruf besar. - Bahagian Pilihan raya Persekutuan - Bahagian Pilihan raya Negeri | Lain-lain | 08.09.2017 |
Bagi bahagian pilihan raya persekutuan, sempadan yang dibuat tidak boleh melangkau atau merentasi sempadan negeri yang lain. Manakala bagi bahagian pilihan raya negeri pula, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua bahagian pilihan raya Persekutuan yang berbeza. Perlukan ayat "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "bahagian pilihan raya negeri" dimulakan dengan huruf besar? | Ya, ayat tersebut perlu dimulakan dengan huruf besar seperti di bawah: 1. Bahagian Pilihan raya Persekutuan 2. Bahagian Pilihan raya Negeri | Lain-lain | 08.09.2017 |
Tuan, merujuk kepada maklumbalas DBP berkenaan dengan penggunaan huruf besar bagi "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "ahagian pilihan raya negeri" pada 08.09.2017, jawapan yang diberikan oleh DBP adalah "Bahagian Pilihan raya Persekutuan" dan "Bahagian Pilihan raya Negeri" iaitu perkataan "bahagian", "pilihan", "persekutuan" dan "negeri" adalah dimulakan dengan huruf besar, namun perkataan "raya" dimulakan dengan huruf kecil digunakan sedangkan ia merupakan nama penuh bagi entiti tersebut. Bolehkah DBP memperjelaskan hal ini? | Ejaan yang betul ialah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri. Berkemungkinan berlaku kesilapan ejaan dalam jawapan sebelum ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |
Assalamu'alaikum, ejaan pilihan raya umum atau Pilihan Raya Umum, atau Pilihannya Umum, mana satu yang betul? | Ejaan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum".
| Tatabahasa | 08.06.2020 |
Adakah "pilihan raya umum" dianggap sebagai kata nama khas atau sekadar kata nama am? | Pilihan Raya Umum merujuk pemilihan ahli dewan rakyat di Malaysia. Jadi, Pilihan Raya Umum ditulis sebagai kata nama khas. | Tatabahasa | 01.04.2015 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "electoral district"? Adakah "daerah pengundi" atau "daerah pilihan raya" atau "kawasan pilihan raya" sesuai digunakan berdasarkan ayat di bawah? Contoh ayat: Which of the following is your electoral district? Terima kasih. | Kami cadangkan padanan kawasan pilihan raya digunakan bagi terjemahan yang tersebut. | Istilah | 25.04.2013 |
EJAAN YANG BETUL: PILIHAN RAYA ATAU PILIHANRAYA | Ejaan yang betul ialah pilihan raya. | Ejaan | 12.01.2010 |
Salam, Saya hendak bertanya tentang penggunaan huruf besar yang betul bagi dua pernyataan yang berikut. 1. pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 2. pilihan raya Majlis Bandaran Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah: Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pilihan raya majlis bandaran/perbandaran atau Pilihan raya Majlis Perbandaran Bentong. | Ejaan | 21.05.2012 |
yang mana satu betul? 1. pilihanraya/pilihan raya 2. naskhah/naskah 3. muka surat/mukasurat | Ejaan yang betul ialah pilihan raya, naskhah dan muka surat. | Tatabahasa | 11.08.2014 |
Nurul Najihah 10.27 PAGI Nurul Najihah Assalamualaikum Saya nak tanya, antara ejaan pilihan raya atau pilihanraya. Mana satu yang betul? | Terima kasih. Boleh rujuk prpm.dbp.gov.my pada pautan Khidmat Nasihat ---> http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pilihan+raya&d=175768LIHATSINI | Ejaan | 28.08.2017 |