APAKAH MAKSUD RAWAN? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, rawan bermaksud hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu. | Makna | 01.07.2010 |
Mana jawapannya? Perasaan Mak Cik Aini........apabila mengenangkan.........anaknya berada di perantauan menjelang pagi hari raya. A. pilu....kekandasan B.sedih...kegagalan C.sakit...kelemahan D.sedih...kemanjaan | Tidak ada jawapan yang sesuai. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas. | Pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas - ayat ini betul kerana menyakiti bermaksud menyebabkan berasa sakit, sengsara, sedih, pilu, dan lain-lain. | Tatabahasa | 27.03.2010 |
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. duka | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih. | 1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis. 2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan. | Tatabahasa | 28.02.2012 |
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini. | Encik Kamal, Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. | Kamus Dewan Edisi Empat | | |
| Makna | 13.06.2010 |
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)? | Saudara, "Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima. Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas. Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut: - distikhon - terzina - quatrain - quantain - sextet - septet - oktaf Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya terdiri daripada 3 baris: contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang Sisa hudup ini akan kita pelihara dengan tanah bersama pohon menghijau indah di atas tulang yang kurus, daging dan darah dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar: Malam hiba dadanya unggu luka pungguk tersedu pilu di atas batu Bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya sekian, terima kasih. | Sastera | 22.03.2011 |