Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, di­tuntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan mem­bawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (me­nunjukkan jalan dll), membimbing, menun­tun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, per­gerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, meng­asuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-ran­cangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pim­pinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, pe­tunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pen­capaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindak­tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemim­pin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya tahu mana satu ayat yang lebih betul? Mengapa? 1) Ibu pimpin tangan adik semasa melintas jalan. 2) Ibu memimpin tangan adik semasa melintas jalan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Ibu memimpin tangan adik semasa melintas jalan. Perkataan memimpin dalam ayat tersebut merupakan kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalam <i style="mso-bidi-font-style: normal;">meNi>- dengan atau tanpa akhiran -<i style="mso-bidi-font-style: normal;">kani> atau -<i style="mso-bidi-font-style: normal;">ii>. Awalan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">meNi>- menjadi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">mei>- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf seperti <i style="mso-bidi-font-style: normal;">mi>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ni>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">nyi>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">li>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">wi> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">yi>. Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pi>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ti>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ki> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">si>. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya, iaitu <i style="mso-bidi-font-style: normal;">mi> bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">pi>, <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ni> bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">ti> dan <i style="mso-bidi-font-style: normal;">nyi> bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">si>. Contohnya pimpin menjadi memimpin.Tatabahasa01.08.2021

Kembali ke atas