"Jambatan Kedua Pulau Pinang" atau "Jambatan Pulau Pinang Kedua"? | Yang betul ialah "Jambatan Pulau Pinang Kedua". | Tatabahasa | 01.08.2007 |
Cikgu, mengikut hokum D-M tatabahasa, antara yang berikut yang manakah adalah betul? 1. Jambatan Kedua Pulau Pinang 2. Jambatan Pulau Pinang Kedua | Frasa yang betul ialah "Jambatan Pulau Pinang Kedua". | Tatabahasa | 10.05.2014 |
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua nama khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan atau layari laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. Betul seperti yang dimaklumi, setiap nama khas ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 02.02.2012 |
Saya ingin dapatkan satu senarai nama-nama negeri seluruh malaysia dan juga nama Pihak Berkuasa Tempatan yang telah diwartakan. contoh. kerajaan negeri atau Kerajaan Negeri kerajaan negeri Pulau Pulau Pinang atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang pihak berkuasa tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan. negeri Pulau Pinang atau Negeri Pulau Pinang. Setahu saya semua naga khas yang telah diwartakan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Mohon dapat pihak tuan dapat membekalkan senarai penuh. terima kasih. | Senarai yang tuan perlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila hubungi Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan laman web jabatan http://jkt.kpkt.gov.my/bm/main.php dan klik portal SUK & PBT. | Lain-lain | 02.02.2012 |
Mengapakah - Saya bercuti ke Pulau Pinang (betul) dan bukannya - Saya bercuti di Pulau Pinang. Ayat yang mana betul. Mengapa? 1. Saya ingin memesan beberapa buah buku dari syarikat tuan. 2. Saya ingin memesan beberapa buah buku daripada syarikat tuan. | 1. Saya bercuti ke Pulau Pinang betul kerana kata sendi nama "ke" menunjukkan arah atau tempat yang dituju. 2. Saya ingin memesan beberapa buah buku daripada syarikat tuan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
Di antara ayat berikut, yang mana satu yang betul? 1. Saya pergi bercuti di Pulau Pinang. 2. Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang. | Ayat yang betul ialah: Saya pergi bercuti ke Pulau Pinang. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata | Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.10.2009 |
Apakah bentuk kata bagi perkataan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan? | Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merupakan Kata Nama Khas. | Lain-lain | 15.07.2018 |
Apakah golongan kata bagi kata 'Pulau Pinang' , 'pesuruhjaya' dan ' keibubapaan' ? | Salam sejahtera, Golongan kata bagi Pulau Pinang ialah kata nama khas, pesuruhjaya tergolong dalam kata nama am manakala keibubapaan pula tergolong dalam adjektif yang merujuk kepada sifat. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP) | Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu. | Lain-lain | 15.12.2014 |