Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.da.an] | ڤينداءن

Definisi : 1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda: jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.da.an] | ڤينداءن

Definisi : sesuatu yg dibuat utk meminda; hasil meminda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinda
Kata Terbitan : meminda, pindaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pindaan seperti yang dicadangkan oleh pihak DBPUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa11.06.2014
Pindaan/komen yang diberikan amat mengelirukan. Pada penghantaran permohonan dengan no. pendaftaran 23745/2017, pindaan / komen menyatakan bahawa terjemahan perkataan bahasa melayu daripada bahasa inggeris ialah 'Mengilatkan' daripada perkataan 'Polish'. Tetapi setelah menghantar permohonan sekali lagi dengan pindaan tersebut (sila rujuk pada no. pendaftaran 25046/2017), permohonan tidak lulus dan pindaan yang berikan ialah 'Menggilap' untuk perkataan bahasa inggeris 'Polish'. Saya berharap pindaan yang diberikan pada kali ini adalah betul. Terima kasih
Terjemahan yang betul untuk polish ialah ‘menggilap’.  Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Istilah28.04.2017
1) PINDAAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT atau PERUBAHAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT 2) UNDANGAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT atau JEMPUTAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT yang mana satu betul?Salam sejahtera, 

Semua frasa betul dan boleh digunakan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa17.05.2019
(Soalan pindaan daripada kiriman soalan terdahulu) Pihak syarikat ingin menggunakan logo 'Kinderland' dibangunan seperti yang dilampirkan pada mukasurat 1 dan ingin mendapatkan pengesahan & persetujuan penggunaan bahasa (kata nama khas) untuk papan tanda bagi tujuan pengesahan pihak berkuasa tempatan. Sila maklumkan keputusan/pengesahan dengan menghubungi saya di talian 03-56322663 atau email di alamat faizal@crestar.com.my. Perhatian oleh pihak tuan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. Untuk makluman tuan, setiap paparan mestilah mengandungi keterangan dalam bahasa Melayu, "Kinderland" sebagai jenama tidak diubah, namun perlu masukkan keterangan seperti "PEJABAT URUSAN" di bahagian atas sebelah kiri.Lain-lain19.08.2015
"Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetuju membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." atau "Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung." Antara ayat di atas, ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah?

Ayat yang betul ialah Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk membuat pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

Ayat pertama dipinda menjadi Dalam taklimat itu, pihak penganjur telah mempersetujui pindaan terhadap peraturan berpakaian sepanjang kursus berlangsung.

 

Tatabahasa22.03.2011
apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'pindaan' dalam istilah undang-undang?Pindaan dalam istilah undang-undang bermaksud perubahan yang dibuat terhadap dokumen undang-undang dengan pelbagai cara, sama ada dengan penukaran, penggantian, pengguguran, atau penambahan. Tujuannya supaya sesuatu undang-undang itu menjadi lebih ketat, menyeluruh dan sesuai dengan keperluan semasa.Makna17.03.2008
Kraftangan Malaysia sedang menyelaras pindaan akta bagi Institut Kraf Negara. Mohon pandangan ke atas penggunaan perkataan yang sesuai untuk diguna pakai di dalam akta nanti. Disertakan petikan pindaan akta seperti berikut: a) mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pengajian berasaskan kemahiran kraf.... atau mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pendidikan berasaskan kemahiran kraf. yang mana lebih sesuai pengajian atau pendidikan. mohon pencerahanPendidikan bermaksud perihal mendidik, pengajian bermaksud perihal mengaji. Jika yang dimaksudkan ialah perihal mendidik, maka perkataan yang sesuai ialah pendidikan. Kata kerja pendidikan lebih banyak digunakan, malah akta yang dirujuk ialah Akta Pendidikan dan kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tatabahasa18.05.2017
Adakah banner ini menepati DBP?Sila buat pindaan bagi frasa hanya 3, botol anda... menjadi hanya 3 botol, anda... iaitu penggunaan tanda koma dalam ayat.

Setelah membuat pindaan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan.
Tatabahasa25.07.2013
Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2012) Hakmilik atau Hak Milik? Mohon nasihat tuan/puan dan sebab.Dalam bentuk ungkapan umum hak milik dieja dalam dua perkataan. Walau bagaimanapun Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) telah diwartakan dan dianggap sebagai kata nama khas. Maka ejaannya diterima walaupun tidak sama dengan ejaan hak milik dalam konteks umum.Ejaan19.07.2012
Ruj No. pendaftaran : 48967/2015 Jawapan Pindaan/Komen : KEJURUTERAAN ELEKTRIK TENAGA merupakan nama syarikat.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain03.12.2015
1234567

Kembali ke atas