Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.dah] | ڤينده

Definisi : bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan meru­gikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = me­mindah-mindah, pindah-memindah men­jangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindah­kan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (meng­alihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.dah] | ڤينده

Definisi : ; berpindah 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. ~-randah selalu bertukar tempat. ~ tangan bertukar pemiliknya. memindahkan 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. pindahan sesuatu yg dipindahkan: barang ~. perpindahan hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. pemindahan perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Orang pindah-pindahan,
     bertanam tak boleh dimakan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010
Adakah betul istilah " pindah urus " dan sekiranya betul apa maksudnya?. terima kasihIstilah "pindah urus" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sekiranya ada istilah inggeris untuk perkataan ini, boleh dikemukakan kepada kami untuk diberikan padanan bahasa melayu yang sesuai.Istilah05.01.2011
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'.

Cik Puan Zafirah,

Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu. 

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut:

   Contoh:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

  Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. 

 

Tatabahasa31.05.2009
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009
Encik, Apakah cakap pindah yang betul bagi cakap ajuk yang berikut? "Min, ambil wang ini," kata Hashim kepada saya. 1. Hashim menyuruh saya supaya mengambil wang itu. ataupun 2. Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu. *** Antara penggunaan 'saya' dan 'Amin', manakah yang betul?Ayat kedua, iaitu, "Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu." adalah betul.Tatabahasa19.06.2013
Encik, Apakah cakap pindah yang betul bagi cakap ajuk yang berikut? "Min, ambil wang ini," kata Hashim kepada saya. 1. Hashim menyuruh saya supaya mengambil wang itu. ataupun 2. Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu. *** Antara penggunaan 'saya' dan 'Amin', manakah yang betul?Ayat kedua, iaitu, "Hashim menyuruh Amin supaya mengambil wang itu." adalah betul.Tatabahasa19.06.2013
Saya ingin menggunakan perkataan Bahasa Inggeris 'lodger Unit' di pindah ke BM dalam urusan persuratan saya. Apakah perkataan yang paling sesuai? Bolehkah saya menggunakan perkataan Unit lojer atau pun Unit-unit lodger?Padanan yang tepat bagi 'lodger unit' ialah unit penyewa atau unit isi rumah.Istilah07.05.2007
Salam, bolehkah tuan jelaskan ayat yang manakah betul?atau kedua-duanya boleh digunakan untuk menyatakan cakap pindah. A. Ibu menasihatiku supaya jangan pergi ke tempat itu lagi. B. Ibu menasihatiku supaya tidak pergi ke tempat itu lagi. Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Ibu menasihatiku supaya jangan pergi ke tempat itu lagi. Kata tidak lazimnya menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.Tatabahasa09.11.2012
Salam sejahtera Tuan, Wang yang diberikan kepada orang yang diminta berpindah ke tempat lain dipanggil apa? 'Wang pindah' atau 'pampasan untuk berpindah'?Sekian, terima kasih.Frasa yang boleh digunakan ialah wang pampasan untuk berpindah.Tatabahasa23.09.2013
Adakah perkataan "OKERANSI" itu wujud dalam daftar kata DBP? Saya telah menerima surat yang menggunakan perkataan tersebut: "Lokasi mesyuarat telah di pindah ke Bilik Mesyuarat Utama, lain-lain okeransi tidak berubah." Mohon pandangan tuan tentang penggunaan yang tepat pada perkataan tersebut. Terima kasih.Perkataan okeransi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila maklumkan kepada kami jika perkataan tersebut diterjemahkan secara harfiah daripada bahasa-bahasa lain untuk kami mencadangkan padanan yang sesuai.Istilah11.07.2012
123

Kembali ke atas