ejaan yang betul adakah pindahmilik atau pindah milik? | Ejaan yang betul ialah pindah milik. | Ejaan | 08.06.2016 |
Saudara, Apakah istilah-istilah berikut dalam Bahasa Malaysia? 1. tranferable skill 2. classroom management 3. progression & differentiation 4. sequencing 5. computer control Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | Istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. kemahiran boleh pindah milik 2. pengurusan bilik darjah 3. pergerakan dan pembezaan. 4. penderetan/penjujukan 5. kawalan komputer. | Istilah | 19.11.2009 |
pindah | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP. | Makna | 24.01.2010 |