Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.nga] | ڤيڠا

Definisi : ; terpinga-pinga tercengang-cengang kehairanan: kami ~ memikirkan di mana sebenarnya kami ditempatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.nga] | ڤيڠا

Definisi : ; terpinga-pinga tercengang-cengang kerana hairan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinga
Kata Terbitan : terpinga-pinga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010
apakah perbezaan ketara antara homonim dengan polisemi kerana satu perkataan itu mempunyai banyak makna ?

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh: 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga)  

2. semak (kaji) : semak (kusut)

Polisemi ialah kata yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh:

1. kepala (orang)  : kepala (kumpulan samseng) : kepada (kain sarung) 

Istilah07.04.2009
Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami.Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9.  Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami.Tatabahasa14.07.2008

Kembali ke atas