Salam sejahtera. Selain dari Kata Pinjaman Umum Bahasa Malaysia (1988, terbitan DBP) dan Daftar Kata-Kata Pinjaman Umum dalam ejaan Rumi baru Bahasa Malaysia (1978, terbitan DBP) adakah pihak DBP akan mencetak penulisan/kamus khusus untuk kata pinjaman umum (bukan istilah saintifik/teknologi yang dipinjam) seperti yang dapat kita lihat untuk bahasa Jepun? A Guide to Modern Japanese Loanwords (Webb, 1990) A Dictionary of Japanese Loanwords (Evans, 1997) Loanwords in Japanese (Irwin, 2011) Terima kasih. | Belum ada kamus khusus untuk kata pinjaman. Sebagai panduan untuk mengetahui sumber sesuatu kata itu adalah dengan melihat kepada label pada kata tersebut seperti Ar bermaksud kata tersebut diambil daripada bahasa Arab, Br diambil daripada bahasa Brunei dan C diambil daripada bahasa kaum Cina. | Lain-lain | 05.09.2011 |
1. saya ingin bertnyakan soalan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai kata pinjaman bahasa asing yang digunakan dalam bahasa Melayu? 2.selain itu, bagaimanakah saya ingin mengetahui asal-usul kata pinjaman tersebut dan kelaskan mengikut pinjaman dari pada bahasa apa.. adakah tempat rujukan yang boleh saye dapati..? | DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbitan DBP (seperti Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab sebagai (Ar) yang boleh membantu saudara. Sila rujuk juga buku/makalah yang berkaitan dengan etimologi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Tatabahasa | 17.03.2010 |
Dari mana saya boleh dapatkan senarai kosakata-kosakata pinjaman asing yang dipinjamkan kepada bahasa Melayu? saya perlukan senarai kosa kata pinjaman daripada bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Sanskrit. | DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbit DBP (spt Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab (Ar) yang boleh membantu saudara. | Lain-lain | 08.10.2008 |
Salam Sejahtera. Ada tidak DBP menerbitkan satu kamus khas yang berkaitan kata pinjaman dari bahasa lain. Sebagai contoh " Kamus Bahasa Melayau dari Pinjaman kata Bahasa Arab" Terima Kasih. | Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 21.05.2013 |
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih. | Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP. Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam. memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; | Makna | 01.04.2009 |
Soalan saya berkaitan penulisan jawi. Apakah beza perkataan pinjaman bahasa arab yang menjadi istilah dan kata serapan Arab yang bukan istilah. Terima kasih | Biasanya kata pinjaman bahasa Arab yang berbentuk istilah dieja mengikut kata asalnya dalam bahasa Arab. Sebaliknya, kata pinjaman Arab yang bukan istilah dieja mengikut ejaan lazim Jawi. | Lain-lain | 27.04.2009 |
istilah pinjaman 0n-line dalam bahasa Melayu ialah dalam talian atau atas talian atau ? | Padanan on-line dalam bahasa Melayu ialah dalam talian. | Istilah | 12.12.2009 |
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI?? | Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal. | Lain-lain | 27.04.2008 |
Apakah peranan DBP dalam memastikan penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeeris di dalam Bahasa Melayu dan apakah kesan atau impak kepada Bahasa Melayu itu sendiri, adakah Bahsa Melayu akan lebih diterima serta difahami atau sebaliknya? | DBP mempunyai dasar dalam penggunaan perkataan pinjaman Bahasa Ingeris, iaitu bagi perkataan atau istilah yang memang tiada dalam bahasa Melayu. Misalnya, komputer, teknologi dsb. Namun, terdapat juga perkataan yang ada dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bidang tertentu, kata pinjaman lebih tepat, misalnya telekomunikasi, program dsb. Bagaimanapun, DBP tidak menggalakkan penggunaan kata pinjaman yang tidak mengikut pola pembentukan kata pinjaman, seperti 'suspek'(yang disyaki), 'bajet'(belanjawan) dan 'drebar'(pemandu). Peminjaman kata yang betul mengikut sistem morfologi bahasa Melayu akan memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu, sebaliknya peminjaman yang tidak keruan akan mencemarkan bahasa Melayu. Semua pengguna bahasa Melayu adalah bertanggungjawab dalam memelihara kemurniaan bahasa Melayu, dan tugas ini bukan tanggungjawab DBP sahaja. | Lain-lain | 06.03.2007 |
Apa itu kata pinjaman dan penjodoh bilangan | Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan(seperti ekor untuk binatang, helai untuk kain, biji untuk buah, dll..) | Makna | 22.09.2007 |