| Selamat sejahtera. Mohon periksa jika terjemahan berikut boleh diterima dan digunakan dan jika tidak, mohon berikan terjemahan yang boleh digunakan. Berikut merupakan istilah-istilah dalam bidang perubatan. Terima kasih. Live surgery - Pembedahan langsung Pipeline - Pelencong aliran darah Clipping - Menyepit Giant Aneurysm - Aneurisme besar | Senarai padanan istilah yang puan senaraikan tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sehubungan dengan itu, ketepatan padanan istilah yang tersebut atau padanan lain tidak dapat kami berikan di sini. Untuk makluman puan, penggubalan istilah memerlukan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah dalam bidang khusus yang ditanya. Mohon puan dapat membekalkan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah yang disenaraikan kepada Encik Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan melalui e-mel azahari@dbp.gov.my atau sila hubungi 03-21479111. | Istilah | 21.08.2017 |