membasahi dan membasahkan, bagaimanakah penggunaan perkataan-perkataan ini? terima kasih | Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Istilah | 28.05.2009 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi penggunaan "membasahi" dengan "membasahkan"? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata membasahi pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dll) air: membasahkan rambut; membasahkan tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih. | Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja. | Puan, Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak. Kepada: kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada: kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
| Istilah | 22.08.2011 |
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman? | Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman. Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan. Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu. | Sastera | 26.07.2012 |
Apakah maksud perbezaan antara perkataan 'baru' dan 'baharu'? Sila berikan fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada' mengapakah kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan kepada ayat berikut: Sila datang ke perkahwinan kakak saya. | Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Manakala sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. Pada pula kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. | Tatabahasa | 01.02.2010 |