Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1) Pizza base 2) Centre of pizza base 3) Outer rim of pizza base Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1) Pizza base – asas piza 2) Center of pizza base – bahagian tengah asas pizza 3) Outer ring of pizza base – Sembir asas piza | Istilah | 06.03.2018 |
Salam, saya ingin dapatkan terjemahan paling tepat untuk 'pizza crust'. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "pizza crust" ialah kerak piza. | Istilah | 01.11.2016 |
Penggunaan ‘di’ atau ‘dalam’ : AYAT: Selepas projek diambil alih oleh syarikat ABC, En. Sani telah menjual pegangan sahamnya di syarikat Pizza Berhad dengan keuntungan yang tinggi. KEKELIRUAN: …pegangan sahamnya di Syarikat.. ATAU …pegangan sahamnya dalam Syarikat… | Encik Sani telah menjual pegangan sahamnya di syarikat Pizza Berhad dengan keuntungan yang tinggi. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 16.07.2024 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Potato Rumbler - Pengupas kentang 2. Pie Die - Acuan Pai 3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza 4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt 5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh 6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas | Istilah | 23.03.2016 |
Salam sejahtera, I hv made payment on 5 Feb for dafter iklan but in Sah Dewan Bahasa, it stated that the payment has not been make. At the same time, the RM30 has deducted from my M2U. ( No permohonan 8891/2020, tajuk: Pizza Hut ) Today, 7 Feb, i made another payment and it is success. Conclusion is, i have paid total RM60 for 1 submission. Can please call me? Kindly call me if need further clarification. 019 6000546. | Mohon e-melkan resit pembayaran kepada kewangan@dbpsahbahasa.my supaya pihak kami dapat menyemak pembayaran yang telah dibuat. | Lain-lain | 07.02.2020 |