bagaimana menulis pangkat yang banyak ...contoh PSM., AMN., PJK. | Ejaan yang betul ialah tanpa tanda noktah. (PSM, AMN, PJK ) . Sekiranya PJK merupakan pingat yang terakhir, tanda noktah boleh diletakkan di hujung, iaitu selepas PJK. (PSM, AMN, PJK. ) | Ejaan | 06.03.2014 |
Bagaimanakah cara penulisan pingat kebesaran seseorang selepas namanya. Contohnya Ahmad bin Yusuf mendapat 3 pingat (BKM, AMK, PJK) Cara tulisnya Ahmad bin Yusuf, BKM., AMK., PJK. atau Ahmad bin Yusuf., B.K.M., A.M.K., P.J.K. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah tanpa tanda noktah, Ahmad bin Yusuf, BKM, AMK,dan PJK. | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Dalam perkhemahan, adanya istilah gajet. Adakah istilah itu boleh digunakan atau ada padanan dalam bahasa Melayu? Istilah itu digunakan dalam silibus pengakap dsb. serta ada dalam DSKP PJK Tahun 5. Terima kasih. | Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. | Istilah | 05.08.2016 |
Q. Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. A.menyerahkan B.mengurniakan C.menyampaikan D.menganugerahkan Mengapakah jawapannya ialah 'B' ? Saya ternampak ayat ini di dalam buku. Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan pingat PJK kepada orang-orang yang berjasa. Mengapakah sini letak menganugerahkan? | Dari aspek makna, mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan. a) Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja. Contoh: Sultan Kedah telah mengurniakan pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. b) Perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja. Contoh: Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau. Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik. | Tatabahasa | 19.11.2021 |
Apakah perbezaan antara mengurniakan dan menganugerahkan ? | Dari aspek makna mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata berkenaan. Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja, seperti Baginda mengurniakan bintang kebesaran kepada para penerima/Istiadat pengurniaan pingat sedang berlangsung di Balairung Seri, manakala perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja, seperti Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau/Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik. | Tatabahasa | 19.11.2021 |