Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep pikul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya seorang PK Kokum yang mengajar Bahasa Malaysia di sebuah sjk (C). Saya sering ditanya atau mendengar rakan-rakan sekolah atau guru-guru daripada sekolah lain yang membincangkan kegunaan kata ganti nama "ia" boleh digunakan untuk manusia selain daripada boleh digunakan untuk benda dan haiwan. Persoalan mereka agak merunsingkan. saya berharap pakar bahasa pihak DBP dapat memberi penjelasan kepada saya agar saya dapat menjelaskan persoalan ini kepada guru-guru yang berkenaan demi memartabatkan Bahasa Malaysia. Sekian, terima kasih.Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.Tatabahasa21.01.2013
Yang ____ Encik Amin, Pengetua Yang ____ Puan Aminah, PK HEM Yang ____ Puan Zainab, GK Bahasa Yang ____ Encik Ali, Kaunselor pelajar Yang ____ Barisan guru Apakah panggilan-panggilan hormat yang sesuai?Yang Berusaha Encik Amin, Pengetua Yang, Dihormati Puan Aminah, PK HEM, Puan Zainab, GK Bahasa, Kaunselor pelajar ... Lazimnya gelaran hormat untuk yang berjawatan, selainnya hanya sapaan nama, seperti Tuan Haji/Encik/Puan.Tatabahasa03.08.2024
minta pembetulan karangan surat ini. Tuan, PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian perkara diatas. 2. Merujuk kepada surat tuan bertarikh pada 21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14 memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA. 3. Sukacita saya maklumkan seperti berikut :- 3.1. Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawabpan. Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010. 3.2. Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawabpan. 4. Dengan ini saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih. Saya yang benar,

Encik Abdul Rahim,

Tuan,

PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA

Dengan segala hormatnya surat tuan bertarikh  21 September 2010 dlm PKMD. Pk. 01/800/02/2/Jilid 14, memaklumkan untuk mendaftarkan TASKA dirujuk.

2.     Sukacita saya maklumkan seperti yang berikut :-  

                     2.1   Surat tuan, Kepada Pengarah, Jabatan Perancang Bandaraya, Majlis Bandaraya Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2/ sehingga kehari ini belum lagi mendapat jawapan.

                     2.2    Surat tuan, Kepada Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bertarikh 14 Julai 2010 dlm PKMD.PK. 01/800/02/2 sehingga kehari ini belum lagi mendapat sebarang jawapan

3.   Walau bagaimana pun pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah pun menghantar pegawai membuat lawatan serta meninjau kedudukan TASKA tersebut pada 22 September 2010

4.    Untuk makluman tuan saya akan membuat permohonan pendaftaran TASKA tersebut setelah mendapat maklum balas serta kelulusan daripada semua jabatan yang berkaitan dengan kadar yang segera.

 Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

.

 

Lain-lain01.10.2010
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengah hari Aras 2, Tempat Letak Kereta Pasar Raya Giant, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir!Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain04.04.2014
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengahari Aras 2, Car Park Pasaraya Giant, Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir!1. Sila betulkan ejaan: TENGAH HARI, PASAR RAYA dan KOMERSIAL.
2. Sila pinda Car Park kepada Tempat Letak Kereta
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.
Lain-lain02.04.2014
Penggunaan perkataan 'perutusan'; Hanya untuk orang besar shaja? Bolehkah jika digunakan utk Guru Besar / PK? Contoh: Perutusan daripada Guru Besar/Perutusan daripada Penolong Kanan. Berikan alasan dan contoh. Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, perutusan ialah kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim perutusan kepada Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yzng (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja perutusan idea bahkan nilai-nilai etos yang penting; 4. ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dalam perutusan tahun barunya. Perutusan boleh digunakan oleh guru besar dan penolong kanan kerana perkataan tersebut sinonim dengan amanat, pesanan.Makna13.02.2013
Saya merupakan seorang pelajar Kolej Mara Banting (program persediaan luar negara) dan perlu membuat kajian sastera. Kajian tersebut perlu dibuat pada karya sastera, puisi atau prosa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadi, saya ingin mendapatkan cadangan dari pihak tuan tentang novel yang sesuai untuk saya lakukan kajian?Mohammad Nizrull, pihak DBP telah menerbitkan banyak novel. Sebagai cadangan, saudara boleh mendapatkan dua buat novel yang diterbitkan pada penghujung tahun 2008. Saya berpendapat novel-novel ini baik jika dapat dikaji oleh saudara. Dua buah novel tersebut ialah 'Daun' karya Malim Ghozali Pk dan 'Panggil Aku Melaju' karya Rahmat Haroun. Saudara boleh mendapatkan novel ini di Kedai Buku DBPLain-lain16.02.2009
Berkaitan perhimpunan di sekolah: Yang _____ Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah. Yang _____ Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah. Yang _____ Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah. Yang _____ Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah. 1. Apakah panggilan hormat yang sesuai? (Situasi majlis tanpa tetamu dari luar dan situasi majlis tanpa tetamu dari luar) 2. Mengapa penggunaan "Encik" lebih sering digunakan berbanding "Tuan" walaupun individu tersebut telah berkahwin? Bukankah penggunaan yang betul ialah "Tuan" untuk lelaki yang sudah berkahwin? 3. Terdapat pihak yang mengatakan Yang Berusaha boleh disingkatkan menjadi YBrs.. Benarkah? 4. Nama jawatan yang betul ialah Guru Penolong Kanan atau Penolong Kanan sahaja?1. Cadangan kami, gunakan gelaran hormat Yang Berusaha kepada pengetua, manakala guru-guru lain gunakan gelaran hormat Yang Dihormati, seperti Yang Berusaha Puan Hajah Norma binti Hassan, Pengetua SMK Hamzah, Yang Dihormati Encik Zulkapli bin Mat Sin, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Hamzah, Yang Dihormati Tuan Haji Zulkornain bin Mohamad, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Hamzah, Yang Dihormati Puan Che Zaharah binti Che Mat, Guru Kanan Sains Sosial SMK Hamzah.

2. Penggunaan "Encik" di hadapan kata nama lelaki sama ada yang telah atau belum berkahwin telah lama diamalkan. Kata sapaan "tuan" digunakan dalam penulisan formal bagi menggantikan nama yang dirujuk.

3. Betul, Yang Berusaha boleh dieja YBrs. dalam singkatan.

4. Berdasarkan surat siaran/edaran Kementerian Pendidikan, jawatan Penolong Kanan yang digunakan atau singkatannya PK.
Tatabahasa03.08.2024

Kembali ke atas