Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih. | Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. | Ejaan | 30.05.2023 |
Salam sejahtera, Adakah struktur ayat yang berikut betul? "Defendan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perenggan A dan meletakkan Plaintif di atas dasar beban bukti yang kukuh" Terima kasih kerana sudi membantu. | Ayat ini berkaitan bidang undang-undang. Dari segi struktur ayat ini betul, tetapi tidak gamatis atau sejadi kerana terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Mohon berikan ayat dalam bahasa Inggeris supaya kami boleh mencadangkan perkataan yang lebih sesuai. Terima kasih. | Lain-lain | 23.04.2018 |
Sapaan @ Solutasi di pertengahan dan akhir ayat menggunakan huruf kecil kan? contoh tuan dan puan tetapi kenapa sapaan dalam perundangan ditulis dengan huruf besar walaupun dipertengahan dan akhir ayat seperti Tuan, Puan, Defendan,Plaintif, Pendakwa raya, Peguam bela, Mahkamah ini dsb. Adakah ini gaya penulisan dalam penulisan penghakiman? adakah ia salah dari segi tatabahasa? atau sebenarnya memang ada salutasi@sapaan umum yang boleh digunakan huruf besar di pertengahan dan akhir ayat? atau ada apa-apa hukum tatabahasa yang saya tertinggal? mohon pencerahan. Terima Kasih. | Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. Dalam hal penggunaan perkataan yang dibesarkan hurufnya boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. | Tatabahasa | 28.12.2020 |
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih. | Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.07.2009 |