Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.nét] | ڤلانيت

Definisi : (planét) sebarang jasad, kecuali komet, meteor atau satelit, yg beredar mengelilingi matahari dlm sistem suria, mis Bumi, Marikh, Utarid, Zuhrah, Jupiter, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pla.nét] | ڤلانيت

Definisi : /planét/ cakerawala (spt marikh, bumi) yg beredar mengelilingi matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata planet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
planet Musytari atau planet Jupiter? Yang manakah penggunaan yang betul?Ejaan dan penggunaan huruf besar yang betul ialah planet Musytari atau planet Jupiter.Tatabahasa15.12.2016
Planet Zuhal dan Musytari ditulis dalam huruf besar. Adakah planet bumi dan bulan ditulis dalam huruf besar juga?Bumi dieja dengan huruf besar jika merujuk kepada salah satu planet dalam sistem suria. Sekiranya merujuk kepada permukaan bumi atau tanah, dieja dengan huruf kecil. Bulan pula perlu dieja dengan huruf kecil.Ejaan14.04.2017
Terjemahan tepat bagi perkataan 'INVEST IN OUR PLANET'Cadangan terjemahan bagi INVEST IN OUR PLANET' ialah "MELABUR DI PLANET KITA"Makna13.01.2022
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari. atau, Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari.Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari."Lain-lain11.04.2022
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari." atau, "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari." yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? Dari atau daripada?Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari."Tatabahasa13.04.2022
Mohon semakan terjemahan Meh, I don't really care that Pluto is no longer a planet. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Ah, aku tak peduli pun Pluto bukan planet lagi.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
Adakah Planet Marikh & pertubuhan merupakan Kata Nama Khas Tak Hidup..??Planet Marikh aialah kata nama khas tak hidup, manakala pertubuhan ialah kata nama am kecuali pertubuhan tertentu sepertu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu barulah menjadi kata nama khas tak hidup.Tatabahasa30.05.2011
adakah wujud ternatif kata untuk planet? jika ada adakah ia sesuai digunakan di sekolah? “Planet” ialah cakerawala seperti marikh, bumi yang beredar mengelilingi matahari. Perkataan ini boleh digunakan dalam penulisan.Tatabahasa19.02.2022
bolehkah saya menggunakan perkataan siarah untuk menggantikan perkataan planet? dan adakah ia boleh digunakan di karangan?Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah "planet".Tatabahasa19.02.2022
tuan, saya dapati perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil (kata nama am) tetapi nama planet lain, dieja sebagai kata nama khas.MOhon penjelasan tuan

Bumi dieja dengan huruf besar jika merujuk kepada salah satu planet dalam sistem suria. Sekiranya merujuk kepada permukaan bumi atau tanah, dieja dengan huruf kecil.

Ejaan21.09.2011
12

Kembali ke atas