Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pla.né.ta.rium] | ڤلانيتاريوم

Definisi : (planétarium) 1. alat yg diguna­kan utk memperlihatkan susunan dan pergera­kan matahari, bulan, planet, dan bintang­bintang di langit; 2. bangunan berkubah yg memuatkan alat yg digunakan utk tujuan memperlihatkan imej tentang susunan dan pergerakan bintang dan planet di langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata planetarium


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Saya Azliza Zulaikha Ibrahim, mewakili Bahagian Planetarium Terengganu,ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan pengalihan bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Pihak kami ingin menterjemahkan filem astronomi ke dalam Bahasa Melayu tetapi tidak mengetahui jabatan mana yang menyediakan perkhidmatan alih bahasa. Dan kami mendapat maklumat bahawa pihak DBP menyediakan perkhidmatan tersebut. di harap pihak tuan dapat memberi penjelasan ditil berkaitan hal ini. Kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.Sila berhubung dengan Insitut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03-41497210 untuk mendapatkan khidmat terjemahan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Lain-lain26.02.2008
Ibu Saiman membeli seikat sayur-sayuran dari pasar. ( betul / salah ) Ibu Saiman membeli sebakul sayur-sayuran dari pasar.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh ceria selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh gembira selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Keluarga saya makan angin di Planetarium Negara pada minggu lepas. ( betul / salah )

Ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, seikat lebih tepat kerana ia  boleh digunakan untuk merujuk kuantiti yang sedikit. Dalam ayat kedua, dalam konteks wajah, ceria dan gembira boleh digunakan. Ayat ketiga juga betul, namun dalam konteks ini, lebih tepat menggunakan perkataan melawat kerana peribahasa makan angin digunakan untuk suasana yang santai. 

Tatabahasa02.09.2010

Kembali ke atas