Salam sejahtera ! a) beg plastik sampah b) plastik sampah Yang manakah betul merujuk kepada plastik nipis yang biasa digunakan untuk membuang sampah. terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, sekiranya merujuk kepada "plastik nipis yang biasa digunakan untuk membuang sampah" , istilah yang tepat ialah "beg plastik sampah". Perkataan "plastik" bermaksud "bahan sintetik ynag pelbagai warna untuk membuat pelbagai alatan". | Istilah | 03.03.2015 |
Soalan berikutnya ; 1. Plastik pembungkus makanan 2. Pembungkus makanan plastik 3. Kertas pembalut hadiah 4. Pembalut hadiah kertas Yang manakah betul ? Jika semuanya betul, apakah perbezaannya ? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Sekiranya tuan ingin menekankan "plastik", maka "Plastik pembungkus makanan" patut digunakan. Begitu juga sebaliknya. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. 2. Beg-beg plastik sampah. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
apakah ejaan yang lebih tepat? paket plastik atau peket plastik? | Ejaan yang betul ialah peket plastik. | Ejaan | 14.02.2011 |
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Isi air ke dalam botol plastik. 2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4. Langkah-langkah penjimatan air 5. Menjalani kehidupan harian 6. Menghidap selesema 7. Apakah Jisim? 8. Pentafsiran impuls oleh otak kita | Tatabahasa | 07.11.2011 |
Mohon pengesahan samada penggunaan ayat Kempen Penggunaan Plastik Secara Mampan adalah tepat bagi tujuan kempen kesedaran masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional dan menggalakkan penggunaan bahan alternatif lain seperti plastik bio-degeredable,beg kitar semula,kertas dan lain-lain dalam aktiviti harian. | Perkataan mampan lazimnya digunakan dalam konteks ekonomi dan pembangunan. Kami cadangkan slogan tersebut diubah menjadi Kempen Tidak Menggunakan Plastik, bermakna pengguna harus mengurangkan dan kemudian tidak menggunakan plastik dalam urusan harian. | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi KEDAI MENJUAL BARANGAN PLASTIK | KEDAI BARANGAN PLASTIK dalam tulisan jawi: کداي بارڠن ڤلستيک | Ejaan | 14.12.2019 |
Ahmad mengangkat beg plastik yang berisikan / berisi sampah ? | Ayat yang betul ialah Ahmad mengangkat beg plastik yang berisi sampah. 'Berisi' bermaksud mempunyai isi. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PEMBORONG BARANGAN PLASTIK | Ejaan jawi bagi Pemborong Barangan Plastik ialah ڤمبوروڠ بارڠن ڤلستيک | Ejaan | 19.12.2019 |
Apakah penjodoh bilangan untuk beg plastik? | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Oleh itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus bagi beg plastik. | Lain-lain | 12.03.2010 |