Soalan berikutnya ; 1. Plastik pembungkus makanan 2. Pembungkus makanan plastik 3. Kertas pembalut hadiah 4. Pembalut hadiah kertas Yang manakah betul ? Jika semuanya betul, apakah perbezaannya ? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Sekiranya tuan ingin menekankan "plastik", maka "Plastik pembungkus makanan" patut digunakan. Begitu juga sebaliknya. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. 2. Beg-beg plastik sampah. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Isi air ke dalam botol plastik. 2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4. Langkah-langkah penjimatan air 5. Menjalani kehidupan harian 6. Menghidap selesema 7. Apakah Jisim? 8. Pentafsiran impuls oleh otak kita | Tatabahasa | 07.11.2011 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Ayat yang betul ialah ayat kedua. Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Tatabahasa | 21.06.2014 |
Adakah ayat-ayat berikut betul: 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. | 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. Ketiga-tiga ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.03.2015 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you. | Terjemahan: a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan. b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak. c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran. | Makna | 26.08.2019 |
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas besi atau plastik? 2. Bagaimanakah cara untuk membezakan 'kata akar' dan 'kata dasar'? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk? 4. Harap tuan dapat memberikan contoh kata majmuk. Terima kasih. | 1. Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip. 2. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan, contohnya ajar yang boleh menerima awalan beR- menjadi belajar. Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan, contohnya belajar yang boleh menerima apitan peN-...-an menjadi pembelajaran. 3. Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, contohnya gambar rajah, alat tulis dan rumah sakit. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
1)apakah yang dimaksudkan dengan bermudgug? | Perkataan mudgug tiada dalam rujukan kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut ialah madgad yang membawa maksud kepingan besi, plastik dsb yang dipasang menutupi roda basikal, motosikal dll untuk mencegah percikan lumpur, air dll. | Makna | 02.09.2008 |
1. Tolong buangkan/membuangkan bungkusan plastik ini ke dalam tong sampah. Tolong jelaskan perbezaan antara buangkan dengan membuangkan. 2. Apakah penjodoh bilangan untuk bendera dan panji. 3. "Bolehkan anda tunggu sebentar?" kata pegawai bank kepada pelanggannya. Bolehkah kita gunakan gantinama anda dalam ayat ini? 4. Budak itu membuang sampah ke/ di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. atau Setiba ke sana. Apakah perbezaannya? | 1. Ayat perintah/suruh (ditujukan kepada kata ganti diri yang kedua: awak, kamu, dsb) tidak perlu guna imbuhan awalan Me-... 2. Sehelai, selembar dan sebuah = bendera. 3. Boleh. 4. Budak itu membuang sampah di atas lantai. 5. Kami melawat ke India. atau Kami melawat India. Semasa kursus kami diberitahu perkataan "melawat" tidak perlu diikuti dengan "ke" tetapi saya masih ternampak banyak buku yang menggunakan "melawat ke' Bolehkah tolong bagi penjelasan. 6. Setiba di sana. 'Di' dalam bahasa Inggerisnya 'at' dan 'ke' = 'to'.
| Lain-lain | 09.10.2009 |
salam sejahtera.... apakah istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu bagi 'laminate'. terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan kata Laminated ialah adj 1. layered, berlamina: ~ steel, keluli berlamina; 2. covered with a thin coating of plastic, bersalut plastik: ~ document, dokumen bersalut plastik. | Makna | 06.07.2009 |