Soalan berikutnya ; 1. Plastik pembungkus makanan 2. Pembungkus makanan plastik 3. Kertas pembalut hadiah 4. Pembalut hadiah kertas Yang manakah betul ? Jika semuanya betul, apakah perbezaannya ? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Sekiranya tuan ingin menekankan "plastik", maka "Plastik pembungkus makanan" patut digunakan. Begitu juga sebaliknya. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Salam sejahtera, 1.Puan Noridah menghidangkan makanan kepada /untuk ahli keluarganya.(kepada atau untuk) 2.Puan Noridah menatang makanan kepada/ untuk ahli keluarganya. 3. Sofia mengikat beg plastik sampah/ plastik sampah. (beg plastik sampah/ plastik sampah) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah (1). "Puan Noridah menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya”, (2). "Puan Noridah menatang makanan untuk ahli keluarganya" dan (3). "Sofia mengikat “beg plastik sampah.” | Tatabahasa | 14.06.2022 |
Assalamualaikum tuan/puan, Mohon khidmat nasihat berkaitan pengguna perkataan masing-masing. Ayat yang mana paling tepat atau betul? 1. Empat peket plastik bertanda "K1" hingga "K4" 2. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1" hingga "K4" 3. Empat peket plastik masing-masing bertanda "K1", "K2", "K3" dan "K4" sekian terima kasih. | Ketiga-tiga ayat tersebut boleh digunakan dengan penambahbaikan yang berikut: 1. Empat paket plastik bertanda K1 hingga K4. 2. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1 hingga K4. 3. Empat paket plastik masing-masing bertanda K1, K2, K3 dan K4. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 431 - 575. | Tatabahasa | 08.11.2024 |
Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. 2. Beg-beg plastik sampah. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
Salam, (1): Sisa plastik boleh menyebabkan tanah berasid. (2): Sisa plastik boleh menyebabkan tanah bertukar asidik. Adakah kedua-dua ayat ini garamatis dan sama maksudnya? Terima kasih! | Ayat (1) ialah ayat yang tepat. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan acidic diterjemah kepada berasid dan dalam data Istilah Bahasa Melayu, perkataan acidic juga dipadankan dengan berasid. | Tatabahasa | 25.06.2021 |
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Isi air ke dalam botol plastik. 2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4. Langkah-langkah penjimatan air 5. Menjalani kehidupan harian 6. Menghidap selesema 7. Apakah Jisim? 8. Pentafsiran impuls oleh otak kita | Tatabahasa | 07.11.2011 |
1. Ibu memilih buah epal lalu lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. Sila tanya betulkah ayat di atas. termina kasih | Ayat yang betul ialah "Ibu memilih buah epal lalu memasukkannya ke dalam plastik." | Tatabahasa | 27.11.2022 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang manakah betul? Ayat yang menggunakan "memasukkan" atau "memasukkannya"? Ayat (1) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkan ke dalam beg plastik. Ayat (2) : Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Ayat yang betul ialah ayat kedua. Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. | Tatabahasa | 21.06.2014 |
Adakah ayat-ayat berikut betul: 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. | 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. Ketiga-tiga ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.03.2015 |
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1.Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. 2.Siti meletakkan pinggan di dalam besen 3.Siti menyimpan pisau ke dalam laci. 4.Siti menyimpan pisau di dalam laci. 5.Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. 6.Siti memasukkan buah epal di dalam beg plastik. 7.Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. 8.Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 9.Siti menyapu sampah di dalam kelas. 10.Siti menyapu sampah di kelas. 11.Siti makan di dalam kantin. 12.Siti makan di kantin. | Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya: Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. Siti menyimpan pisau ke dalam laci. Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. Siti menyapu sampah di kelas. Siti makan di kantin. | Tatabahasa | 06.09.2023 |