Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot. | Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot. Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut. Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam. Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama) untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.02.2010 |
Salam. Apakah padanan terjemahan yang sesuai untuk istilah bahasa Inggeris 'plot twists'? Antara definisi 'plot twists' ialah "a sudden, unexpected change in the fortunes or situations of the characters, setting, or plot." Terima kasih dan selamat bercuti hujung minggu. | Cadangan padanan yang sesuai bagi plot twist ialah memutarbalikkan plot. | Makna | 19.01.2018 |
Terjemahan istilah statistiks dalam Bahasa Inggeris ke BM Scattered diagram dan scattered plot | Istilah bahasa Melayu bagi scattered diagram ialah gambar rajah selerak dan scattered plot ialah plot selerak. | Istilah | 01.10.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, di dalam kajian sastera, apakah perbezaaa anatar jalan cerita, teknik plot dan teknik penceritaan? Adakah jalan cerita itu merangkumi teknik plot dan juga teknik penceritaan? Terima kasih. | Teknik plot atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyampaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. | Sastera | 22.07.2013 |
1)adakah terdapat perbezaan binaan plot dalam karya matapelajaran bahasa melayu(komsas) dan kesusasteraan melayu? 2)kini terdapat banyak buku rujukan dipasaran.buku terbitan apakah yang lebih sesuai digunakan dalam matapelajaran bahasa melayu sekolah menengah? | Plot dalam karya sastera yang digunakan dalam komsas masih sama, cuma pihak Kementerian Pelajaran mempermudahkan persembahan bahan tersebut sesuai dengan kemampuan pelajar. Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran perlu diteliti kandungannya agar sesuai digunakan sebagai bahan bantuan mengajar Bahasa Melayu sekolah menengah. | Lain-lain | 10.01.2008 |
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remaja | Soalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain. Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita. Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita. | Lain-lain | 02.05.2014 |
1) maksud sudut pandangan dalam sastera melayu. 2) plot sastera melayu | 1. Tidak ada maklumat khusus tentang sudut pandangan dalam pangkalan data kami, secara amnya sudut pandangan ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu perkara. jika dalam konteks ini penilaian seseorang tokoh tentang sesuatu isu dalam dunia sastera. 2. Plot ialah jalan atau jalinan sesuatu cerita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih rinci, sila rujuk buku tentang diskusi dan kritikan sastera. | Sastera | 02.05.2014 |
Selamat Sejahtera, kami ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan papan tanda yang sedia ada untuk kilang baru kami? Kerana kami membeli sebuah kilang baru hanya bersebelah dengan bangunan lama. Oleh itu, kami akan menggunakan papan tanda yang sama untuk bangunan baru kami, hanya alamat akan berubah dari Plot 19-13 ke Plot 19-15. Papan tanda itu boleh rujuk kepada fail yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk menamakan bangunan, perdu diletakkan keterangan di bahagian atas sekali, seperti "KILANG SABUN". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 01.08.2016 |
Assalamualaikum. Perkataan "gameplay" ditakrifkan sebagai "the features of a video game, such as its plot and the way it is played, as distinct from the graphics and sound effects." Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "gameplay?" Sekian, terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “gameplay". Walau bagaimanapun, berdasarkan carian kami, "gameplay" bermaksud kaedah pemain berinteraksi dengan permainan video dan komputer termasuklah cara permainan, syarat permainan, plot, tujuan dan pengalaman pemain secara keseluruhan. | | Istilah | 25.05.2019 |
sy guna komik yang dilukis sendiri untuk mengambarkan plot cerita dalam komsas. sangat berkesan untuk kelas corot. dalam PMR 2011, semua lulus 100% walau 6 orang tahap literasi bahasa sangat rendah..subjek lain mereka gagal..he..he.. kelas bahasa jadi menarik.. | mengapakah saudara memilih komik Doraemon? Boleh berkongsi? | Lain-lain | 07.06.2012 |