Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[plus] | ڤلوس

Definisi : akronim bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[plus] | ڤلوس

Definisi : (Mat) 1. tanda campur (+); 2. tambah, campur: dua ~ tiga jadi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perlu menterjemahkan slogan dalam bahasa Inggeris - Watch What You Love Plus More untuk saluran TV. Bolehkah saya memasukkan perkataan PLUS dalam terjemahan saya? Contoh: 1.Tonton Sepuasnya Plus Lebih Lagi Pilihan 2. Tontonan Terbaik Plus Banyak Lagi 3. Tonton Apa Saja Plus Lebih Lagi 4. Terbaik, Tekini Plus Banyak Lagi

PLUS merupakan perkataan bahasa Inggeris dan tidak boleh bercampur dengan bahasa Melayu. Pihak kami mencadangkan terjemahan bagi ayat tersebut seperti yang berikut:

·        Tonton Lebih Banyak Pilihan Sepuas-puasnya

·        Tonton Apa-apa Sahaja Sepuas-puasnya

·        Tonton Lebih Banyak Rancangan Kegemaran Sepuas-puasnya

·        Terbaik, Lebih Banyak Pilihan 

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian dan penggunaan mengikut konteks ayat.

Penyemakan dan penterjemahan20.01.2021
Mohon bertanya, bagaimanakah sebutan perkataan "plus" bila menyebut kata nama 4G plus dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Nama produk disebut seperti sebutan asal.Lain-lain13.09.2017
Dalam laras bahasa iklan, bolehkah saya menggunakan ayat "Kembali ke 100." 100 di sini merujuk kepada minuman 100 PLUS dan maksud ayat ini adalah untuk kembalikan motivasi/fokus anda ke tahap 100 peratus. Terima kasih.

Kami mencadangkan “Kembali fokus 100% dengan 100 PLUS”. Namun untuk penggunaan slogan "Kembali 100 dengan 100 PLUS" dalam laras bahasa iklan boleh dipertimbangkan bergantung pada keseluruhan visual yang digunakan. Jika tuan/puan mempunyai visual yang berkaitan frasa tersebut untuk tujuan pengiklanan sila kemukakannya melalui https://dbpsahbahasa.my untuk pengesahan.

Lain-lain18.08.2022
Penggunaan ayat yang mana lebih tepat, 1 atau 2? 1) Transaksi tol 100% elektronik di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 2) Transaksi tol tanpa tunai (100% elektronik) di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa02.03.2017
Saya ada beberapa soalan seperti berikut; 1. Apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "4G plus", dan "signal 4G"? Sekian, terima kasihNama produk dikekalkan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Kata umum perlu diterjemahkan, seperti "Isyarat 4G plus". Penyemakan dan penterjemahan13.09.2017
Minuman kegemarannya ialah Cola, Soda dan 100 plus. Ayat ini oleh diterima?Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Mohon kelulusan input banner berikut : JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPNPermohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Lain-lain08.06.2017
Mohon kelulusan input bunting berikut : Logo PTPTN Tabung Pendidikan JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN *Tertakluk pada terma dan syarat ** Gambar yang dipaparkan ialah ilustrasi sahaja ***PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumnya kepada pelangganPermohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Istilah08.06.2017
Perkataan yang sesuai untuk 'swingarm' dalam Bahasa Melayu. contoh ayat dalam Bahasa Inggeris "I used the 2014 chassis for all the sessions plus the new swingarm"Kami mencadangkan swingarm diterjemahkan kepada pangsi ayun.Penyemakan dan penterjemahan26.06.2015
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di.Tatabahasa25.10.2007
12

Kembali ke atas