Adakah penggunaan istilah am ( pagi ) dan pm ( petang ) boleh digunakan dalam bahasa Melayu? | Dalam bahasa Melayu perkataan am dan pm tidak diunakan, sebaliknya untuk tempoh masa 1.00 am - 11.59 am dinamakan pagi, 12.00 pm - 1.59 pm dinamakan tengah hari, 2.00 pm - 6.59 dinamakan petang, 7.00 pm - 11.59 pm dinamakan malam dan 12.00 am - 12.59 am dinamakan tengah malam. | Istilah | 06.02.2010 |
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa? | Saudara, Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor. Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). | Tatabahasa | 13.08.2010 |
Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang?Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih. | Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
Soalan: Salam, saya ingin tahu, apakah tempoh waktu yang sesuai bagi 7.00 pm?sama ada petang atau malam? 1.00 pm pula dipanggil 1.00 tengah hari atau 1.00 petang? Bolehkah tuan/puan jelaskan tempoh had masa yang sebetul-betulnya kepada saya? Sekian, terima kasih. | Pemenggalan masa untuk waktu malam bermula pada pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan. 1.00 a.m. hingga 11.59 a.m. (pagi) 12.00 a.m. hingga 1.59 p.m. (tengah hari) 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang) 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam) 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) | Lain-lain | 01.07.2020 |
BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN WAKTU PETANG DAN TENGAHARI, BILA KAH MULA DIGUNAKAN? 1 PETANG ATAU 1 TENGAHARI. | Tempoh masa yang digunakan adalah seperti yang berikut : 1.00 am-11.59 am = pagi; 12.00pm-1.59 pm = tengah hari; 2.00pm - 6.59 pm = petang | Lain-lain | 01.09.2008 |
Saya ada memohon pengesahan pada 16/12/2014 @ 11:50 pm, tetapi sampai hari ini pun tak dapat apa apa feedback dari pihak tuan / tuan. No. pendaftaran ialah : 32033/2014 Boleh tak tolong semak status dia macam mana? Thank You. | Permohonan tuan telah disemak. | Lain-lain | 18.12.2014 |
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELUR | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 22.01.2015 |
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan | 1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan". | Tatabahasa | 24.04.2014 |
Soalan a dan b merujuk Berita Mingguan ( 8 Jun 2008 ), ingin mengetahui adakah betul penggunaan "kosa kata" a) PM sampai ucap tama sidang Islam - ucap tama b) Kementerian Kerjaraya - kenapa rapat dan bukan jarak ? c) Pelancongan atau pelancungan | Ejaan yang betul ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia dan ucap utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih. | Ejaan | 08.06.2008 |
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih. | DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada. | Lain-lain | 04.03.2019 |