Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; memohon meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; memohonkan memintakan dgn halus (dgn hormat); ®mohon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; memohon meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. pemohon orang yg memohon; peminta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pohon
Rujuk :pokok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan  pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. Makna07.06.2008
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.

1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 

2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING"

Tatabahasa18.07.2011
Mohon pihak tuan untuk membetulkan ayat di bawah: i) Mesyuarat dimaklumkan slip gaji diperlukan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses pembayaran tuntutan ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut digiliri. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut Pohon pihak tuan supaya dapat menerangkan struktur ayat 'di.....i' dan 'di......kan', 'me/meng/mem....i' dan ' me/mem/meng....kan' kerana terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata imbuhan tersebut. Sekian, terima kasih.i) Mesyuarat dimaklumkan bahawa slip gaji diperlukan bagi mempercepat dan memudahkan proses pembayaran tuntutan.

Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan.

ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut dilakukan secara bergilir. 

iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut.
Kedua-dua ayat terebut betul.

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.
(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.
(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.



1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217)
Tatabahasa21.11.2013
Saudara, 1. Penggunaan kata sendi 'dengan' dan 'terhadap'. Yang manakah yang betul? a. Saya sangat bersimpati terhadap orang-orang yang ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM) b. Saya sangat bersimpati dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga) 2. Kata Bilangan - perlukah diikuti dengan penjodoh bilangan? a. Berbelas-belas buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. (Kamus Pelajar) b. Ketiga-tiga anaknya telah bekerja. (Kamus Pelajar) c. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu) d. Beratus-ratus rakyat mati. (Kamus Dewan) e. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di bawah pohon ketapang. (Kamus Pelajar) f. Beberapa buah buku (Kamus Dewan) Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Oleh yang demikian  berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penggunaan terhadap lebih tepat dalam Kamus Pelajar. Kamus Dewan Edisi Ketiga lebih merupakan kamus umum yang merakamkan contoh-contoh penggunaan berdasarkan korpus.

Penggunaan penjodoh bilangan digalakkan bagi mendapatkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat  dan indah. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Melayu tanpa penjodoh bilangan bukanlah satu kesalahan.  Bagi contoh-contoh ayat di atas penggunaan penjodoh bilangan dapat menjadikan ayat-ayat tersebut lebih tepat,betul dan indah.        

Tatabahasa12.06.2008

Kembali ke atas