| Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok | Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting. Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, perjalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain) Contoh Ayat: 1. Ali sedang memotong daging di dapur. 2. Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun. | Tatabahasa | 21.08.2021 |
| 1 apakah ejaan yang betul untuk pokok rhu yang terdapat di tepi pantai? 2 apakah yang dimaksudkan dengan buhul, jujutan dan berjujutan? 3 apakah maksud membondong, menguku, mengemam,dan ditancapkan? 4 saya sudah merujuk kepada kamus tetapi inginkan lebih penjelasan daripada pihak DBP yang lebih arif tentang bahasa. 5 Harap dengan kadar segera maklum balas saya terima kerana ia penting bagi melancarkan kerja - kerja saya. 6 sekian, terima kasih..... | Ejaan yang betul ialah pokok ru. Buhul ialah ikatan (tali dll), simpul. Asal daripada kata minang. Jujutan pula ialah tarik-menarik/ renggut-merenggut. Berjujutan sama dengan berjujut-jujutan yang bermakna tarik-menarik/ renggut-merenggut. Bondong ialah kumpulan dalam kata minang. Perkataan menguku tiada dalam rujukan kami. Mengemam bermaksud membiarkan sahaja menahandi dalam mulut (tidak menelannya). Tancap pula ialah bahasa percakapan yang bermaksud menekan pedal minyak untuk melajukan kereta. | Makna | 29.08.2008 |
| Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. | 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk jawapan= meliang liuk. 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? Jawapan = boleh 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
| Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih | guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); | Makna | 05.12.2007 |
| Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang. Apa maksud *dani dalam pantun dari Kurik Kundi Merah Saga? | Pantun yang terdapat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga merupakan kumpulan pantun lisan Melayu. Melalui semakan termasuk carian di Internet, kami tidak menemui maklumat berkenaan perkataan dani. Perkataan tersebut hanya ditemukan dalam buku itu sahaja. Berkemungkinan perkataan selasih dani merupakan perkataan bagi bahasa percakapan atau bahasa lisan yang dituturkan dalam komuniti setempat, yang merujuk kepada nama panggilan bagi pokok selasih atau variasi pokok selasih. | Makna | 17.08.2021 |
| apakah perbezaan antara hujung dan penjuru | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, Hujung ialah 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; Pejuru pula ialah pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) penjuru yg luasnya 90º. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat. | Lain-lain | 11.10.2010 |
| Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |