Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
poli-
[po.li] |
ڤولي -
Definisi :
awalan asing banyak, mis poligami, poliklinik dan poliglot.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
poli-
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(5)
Istilah MABBIM
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(16)
Kamus Sains
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(2)
Khidmat Nasihat
(2)
Glosari Dialek Kelantan
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
Adakah perkataan "poli" dalam "politik" ialah imbuhan pinjaman?
Ya, pada asalnya perkataan politik berasal daripada bahasa Yunani tetapi tidak pada awalan "poli" ini yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum imbuhan "poli" membawa maksud "banyak" digunakan bagi menerangkan maksud jamak.
Istilah
28.10.2018
Tuan, saya difahamkan oleh buku Tatabahasa Dewan bahawa awalan pinjaman poli- memberikan pengertian 'banyak', jadi saya ingin menanyai tuan bahawa adakah saya boleh mengatakan perkataan seperti 'polikegunaan' yang bermaksud 'banyak kegunaan‘? Walaupun kosa kata ini tidak dicatat di dalam mana-mana kamus, tetapi bolehkah saya membina perkataan ini dengan maksud awalan poli- ini? Jika tatabahasa membenarkan saya berbuat demikian, maka perkataan seperti polikerja rumah, polimakanan, polibarang niaga, polifikiran negatif, polipilihan juga boleh dikatakan sebagai maksud banyak kerja rumah, banyak barang niaga, banyak fikiran negatif dan banyak pilihan lah? Bolehkah macam itu?
Awalan poli- ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum kata "banyak" yang digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Tidak tercatat dalam mana-mana buku sebagai satu kesalahan apabila kita menggunakan awalan poli- bagi menggantikan kata jamak, cuma bentuk itu tidak produktif dalam bentuk kata umum. Ada baiknya cadangan tuan ini dikemukakan kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan bagi mengesahkan taraf penggunaan bentuk kata tersebut sama ada gramatis atau sebaliknya.
Tatabahasa
13.11.2014
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...