Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. keep order in, mengawal: the army ~d the troubled area for a few weeks, pihak tentera mengawal kawasan yg kacau-bilau itu selama beberapa minggu; 2. keep watch on, mengawasi: a committee was set up to ~ the implementation of the new immigration laws, sebuah jawatankuasa telah diwujudkan utk mengawasi pelaksanaan undang-undang imigresen yg baru. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. official organization that keeps law and order, polis: the ~ are still investigating the crime, polis masih menjalankan penyiasatan thdp jenayah itu; 2. members of this organization, anggota polis: extra ~ were sent to quell the riot, lebih ramai anggota polis dihantar utk menumpaskan rusuhan itu; 3. (attrib) polis: ~ car, kereta polis; ~ report, laporan polis; 4. any organized corp having similar duties, polis: military~, polis tentera; secret ~, polis rahsia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata police


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih.

 

Sdr. Liza, 

Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut:

Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54.

(Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh:

hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya.

 

 

 

Lain-lain12.01.2010
Perkataan BM yang sesuai untuk Police Patrolman: i. Pegawai Peronda Polis; ii. Anggota Polis Peronda; atau iii. Anggota Peronda Polis? Sekian, terima kasih. paulchai@audit.gov.myDalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu bagi istilah patrolman ialah polis peronda.
Pada pandangan kami, istilah yang  sesuai ialah anggota polis peronda, namun, penggunaan polis peronda sudah mantap tanpa penambahan perkataan anggota atau pegawai.
Penyemakan dan penterjemahan14.07.2014
Apakah padanan yang sesuai untuk "night stick" yang merujuk kepada a police officer's club or billy.? Batang malam? Tongkat malam? Terima kasihIstilah night stick masih belum ada dalam data kami. Cadangan padanan yang sesuai bagi night stick ialah cota. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat keterangan bagi cota ialah kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, tongkat waran, belantan, martil. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua pula ialah kayu pendek seperti yang digunakan oleh polis sebagai senjata.Makna17.10.2017
Salam Pejuang Bahasa Melayu! Bolehkah anda bantu saya menterjemah frasa ini, "Independent Police Conduct Authority". Saya tidak pasti frasa yang tepat.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan  martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam.Makna21.04.2019
There are no speed limit signs on the road and highway of Kota Kinabalu and in Sabah per say. How can the police issue a summon saying that we have exceeded the speed limit - What speed limit are they refering to (in KL is 110km or 90km) but here nothing!! Is it justified that they issue the summons for driving at 110km on KK road??? What double standard are they practicing. They must first put up the speed limit sign so that drivers can abide to. Is this Malaysia Boleh for us law abiding citizens? Pihon terjemahan kepada bahasa melayu yang tepatPihak kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Kami hanya menyemak teks terjemahan teks pendek yang telah disediakan. Untuk mengadapat mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03- 41497210. Lain-lain04.02.2008
Saya ingin bertanya sekiranya ada terjemahan bagi istilah "first responder" dalam konteks undang-undang forensik/penyiasatan tempat kejadian jenayah? Untuk makluman "first responder" ditakrifkan sebagai "a person (such as a police officer or an EMT) who is among those responsible for going immediately to the scene of an accident or emergency to provide assistance".Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “first responder". Kami akan maklumkan kepada pihak tuan/puan setelah perbincangan selesai.Istilah15.04.2019
Adakah martir dan syahid (martyr) benda yang sama?Jawapan 48932:  Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan  martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam.

Jawapan 48931: Carian kami mendapati frasa Independent Police Conduct Authority (IPCA) merupakan satu nama organisasi polis di New Zealand. Di Malaysia, organisasi yang mempunyai fungsi yang hampir sama ialah Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC), iaitu dalam bahasa Melayunya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis.  Sehubungan itu, cadangan kami untuk frasa   Independent Police Conduct Authority (IPCA) ialah Badan Berkuasa Bebas Tatatertib Polis.  Sekiranya cadangan ini tidak menepati konsep penggunaan yang tuan maksudkan, sila berikan konteks penggunaan agar kami dapat mencadangkan terjemahan yang bersesuaian.
Istilah21.04.2019

Kembali ke atas