Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata policy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Adakah perkataan "policy" telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan ejaannya adalah "polisi"? Terima kasih.Perkataan policy diterjemahkan kepada polisi dalam bidang undang-undang dan ekonomi sahaja seperti pemegang polisi insurans {policy holder (insurance)}. Dalam bidang lain dan teks umum policy diterjemahkan kepada dasar seperti dasar penyelidikan (research policy).Istilah04.10.2012
Salam Sejahtera, Saya ingin mendapatkan penggunaan Bahasa Malaysia yang tepat bagi perkataan berikut: 1. No Gift Policy 2. No Festive Gift Policy Terima kasih.Untuk makluman, setiap terjemahan bergantung kepada konsep. Akan tetapi, jika diterjemah secara terus frasa yang diberi, pihak kami mencadangkan:

1. No Gift Policy = Polisi Tanpa Cenderamata
2. No Festive Gift Policy = Polisi Tanpa Cenderamata Semasa Perayaan
Penyemakan dan penterjemahan20.03.2017
Whistle Blower PolicyDasar Pemberi MaklumatIstilah17.08.2011
Salam sejahtera, Bolehkah "Archer policy" diterjemahkan sebagai "Dasar Archer"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: RSA ArcherĀ® Policy Program Management provides the framework to help organizations establish a scalable and flexible environment to manage corporate and regulatory policies and ensure alignment with compliance obligations. This includes documentation of policies and standards, assigning ownership and mapping policies to key business areas and objectives. Sumber: https://community.rsa.com/docs/DOC-32957 Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Menurut carian kami,  ARCHER merupakan kata nama khas yang mempunyai tanda R.  Ejaan nama tersebut dikekalkan. Penggunaan Dasar Archer boleh digunakan bagi padanan Archer Policy.Penyemakan dan penterjemahan14.01.2018
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Community Policy & Moderation Guidelines"?Kami mencadangkan Community Policy & Moderation Guidelines diterjemahkan kepada Garis Panduan Komuniti dan Penyederhanaan, sekiranya bersesuaian dengan konsepnya.Penyemakan dan penterjemahan18.03.2023
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk "high level policy paper" yang kebiasaannya dibentangkan di persidangan antarabangsa? Terima kasih.Frasa bahasa Melayu yang sesuai untuk frasa "high level policy paper" ialah kertas polisi aras tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Makna17.02.2020
mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy

job rotation - pusingan kerja

continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan.

exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar.

Istilah01.07.2011
Adakah sesuai untuk terjemahkan America First Trade Policy kepada Dasar Perdagangan Amerika Diutamakan? Atau ada terjemahan yang lebih sesuai untuk digunakan?

Untuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau sebaliknya. Mohon hantar semula soalan berserta huraian ringkas bagi frasa bahasa Inggeris America First Trade Policy untuk memudahkan kami memberikan cadangan jawapan yang bersesuaian.

Untuk mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, sila hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui talian 03-4145 1909/1942 atau Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506.

Penyemakan dan penterjemahan22.01.2025
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Fraud Policy", adakah "Dasar Fraud" boleh digunakan? Jika tidak, sila berikan cadangan anda. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk perkataan fraud ialah fraud dan penipuan. Lazimnya penggunaan fraud digunakan dalam bidang undang-undang. Oleh itu, padanan Dasar Fraud untuk Fraud Policy boleh diterima dalam bidang undang-undang.Istilah29.12.2017
Salam.. Mohon pencerahan untuk terjemahan untuk perkataan "hawkish" dan "dovish" dalam bidang kewangan. Berikut merupakan keterangan perkataan yang dinyatakan - The term hawkish is used to describe contractionary monetary policy and dovish refers to the opposite. Bolehkah perkataan hawkish dan dovish diguna dalam bahasa melayu atau terdapat cadangan kata yang lebih sesuai? Terima kasihBerdasarkan perbincangan dalam Jawatankuasa Istilah Semasa DBP, padanan yang telah ditetapkan ialah seperti yang berikut:

hawkish monetary policy - polisi monetari agresif
dovish monetary policy - polisi monetari berdiplomasi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.12.2021
123

Kembali ke atas