Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polinesia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud bahasa melayuSecara ringkasnya bahasa Melayu ialah sejenis Polinesia" title="Bahasa Melayu-Polinesia" class="mw-redirect">bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di Malaysia, Indonesia dan beberapa Negara lain di Nusantara sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi negara kita Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang bahasa Melayu.Makna10.09.2015
saya ingin kepastian mengenai persamaan bahasa melayu dan jawa...adakah leksikal item yang sama antara bahasa melayu dan jawa..dan bagaimana phonetik nya...terima kasih

Bahasa Melayu ialah sejenis Polinesia" title="Bahasa Melayu-Polinesia" class="mw-redirect">bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur di Indonesia. Satu persamaan yang nyata antara kedua-dua bahasa tersebut ialah penuturnya daripada kalangan orang Melayu dan pada sebahagian kata ada persamaan fonem dan leksikalnya. Hal ini perlu diperhalusi terlebih dahulu dalam buku/makalah yang memaparkan kajian perbandingan antara kedua-dua bahasa tersebut. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. 

Lain-lain20.02.2009
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit?

Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah Polinesia" title="Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia" class="mw-redirect">keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza.

Lain-lain23.06.2008
Saya Masimoh sedang belajar bahasa Malayu dasar,ingin tertanya . Bahasa Melayu berasal dari mana.Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain24.10.2013
Saya nama Mahmud sedang belajar bahasa melayu dasar,di Akademi Bahasa Antarabangsa ingin bertanya,Bahasa melayu asal dari manaBahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.Lain-lain24.10.2013
asal usul bahasa melayu kuno asal usul bahasa melayu klasik asal usul bahasa melayu moden

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain03.03.2009
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayuJenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5.   Lain-lain30.04.2008
Adakah bahasa melayu dengan bahasa indonesia mempunyai assal usul yang sama?Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain08.10.2012
Apakah asal usul bahasa melayu?

Terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain29.08.2023
Saya hendak bertanyakan bahasa melayu yang dijadikan bahasa rasmi malaysia sekrang ini berasal daripada suku kaum apa?adakah minang,jawa,bugis atau yang lain.harap jawapan diberi secepat mungkin

1. Bahasa Melayu berasal daripada suku bangsa Melayu.

2. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain16.09.2009
12

Kembali ke atas