Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lis.ti.ré.na] | ڤوليستيرينا

Definisi : (polistiréna) (Kim) sj polimer yg digunakan sbg bahan pembungkusan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lis.ti.ré.na] | ڤوليستيرينا

Definisi : /polistiréna/ ist polimer termoplastik yg jernih serta tegar, mudah dibentuk (dgn dicairkan) dan digunakan sbg bahan rangka sesuatu, sbg penebat elektrik dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polistirena


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang membuat poster. Perkataan dalam poster seperti berikut Katakan tidak kepada penggunaan polisterina dan plastik di kampus FRIM Bawa bekas makanan sendiri Adakah betul atau ada kesilapan.Katakan tidak kepada polistirena dan plastik dalam kawasan FRIM. Bawa bekas makanan sendiri. Tatabahasa28.12.2010
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang.

2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan.

3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

Tatabahasa22.07.2011

Kembali ke atas