Apakah yang dimaksudkan dengan politik perterjemahan? kerana makna politik itu berlainan dalam fahaman saya, jadi apabila digabungkan dua perkataan ini, saya jadi kurang jelas dengan maknanya. | Politik penterjemahan merujuk peranan bahasa (bahasa utama yang digunakan oleh sesuatu komuniti) apabila membuat pentafsiran isu, teori atau istilah politik. Oleh sebab itu, dapat dilihat beberapa istilah politik berdasarkan bahasa sesuatu etnik yang kemudian diterima umum, seperti coup d'etat (bahasa Perancis yang bermaksud rampasan kuasa). | Makna | 29.06.2014 |
definisi laras bahasa politik & kujuruteraan | Dalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan. | Makna | 19.07.2008 |
DEFINISI LARAS BAHASA KEJURUTERAAN & POLITIK | Dalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan. | Lain-lain | 19.07.2008 |
APAKAH DEFINISI JENIS LARAS BAHASA POLITIK DAN JENIS LARAS BAHASA KEJURUTERAAN | Dalam Kamus Dewan laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau disebut juga ragam bahasa. Oleh itu, laras bahasa politik ialah ragam bahasa politik dan laras bahasa kejuruteraan ialah ragam bahasa kejuruteraan. | Makna | 19.07.2008 |
apa makna politik | Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 25.10.2010 |
Adakah perkataan "poli" dalam "politik" ialah imbuhan pinjaman? | Ya, pada asalnya perkataan politik berasal daripada bahasa Yunani tetapi tidak pada awalan "poli" ini yang produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum imbuhan "poli" membawa maksud "banyak" digunakan bagi menerangkan maksud jamak. | Istilah | 28.10.2018 |
Selamat pagi. Saya ingin bertanya kepada DBP bahawa adakah 'Bersekutu Bertambah Mutu' dalam ayat 'Semangat kebangsaan tersebut terbukti apabila mereka sanggup bergabung parti dalam suatu wadah politik nasional untuk kepentingan perpaduan bangsa sesuai dengan slogan Bersatu Teguh, Bercerai Roboh dan Bersekutu Bertambah Mutu.' ialah peribahasa dan apakah maksudnya dan juga maksud bagi frasa 'dalam suatu wadah politik'. Terima Kasih. (ayat tersebut dipetik daripada buku yang berjudul Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia daripada A. Aziz Derman dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. ) Terima Kasih. | Dari aspek bahasa, frasa "Bersekutu Bertambah Mutu" betul dan slogan tersebut telah mantap penggunaannya bagi sebuah organisasi. Tidak ada maksud "dalam satu wadah politik" dalam data kami, apa yang dapat kami bantu adalah dengan memberi maksud kata demi kata, dan kata yang agak sukar difahami ialah wadah yang bermaksud medan. Maka frasa tersebut bolehlah diungkapkan sebagai "dalam satu medan politik". Untuk mendapatkan tafsiran yang lain tentang maksud frasa-frasa berkenaan seperti dari aspek sains politik, tuan boleh merujuk buku atau makalah yang berkaitan dengan aspek berkenaan. | Tatabahasa | 04.12.2014 |
...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi: 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; | Makna | 28.09.2010 |
Salam, mohon cadangan terjemahan perkataan "base" dalam konteks politik. In politics, the term base refers to a group of voters who almost always support a single party's candidates for elected office | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "base" dalam konteks politik. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengundi tegar atau pengundi tradisi. | Istilah | 30.10.2014 |
Perkataan bagi Political Marketing di dalam bahasa Indonesia adalah Marketing Politik, tetapi saya tidak jumpa bagi bahasa Malaysia. Saya tidak pasti sama ada persoalan saya ini akan dijawab di sini, tetapi tidak salah saya mencuba. Mohon perkataan bahasa Malaysia bagi political marketing. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "political marketing" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "marketing" yang padanan bahasa Melayunya ialah pemasaran dan "political" yang padanan bahasa Melayunya ialah politik. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemasaran politik. | Istilah | 22.02.2013 |