Mohon bantuan pihak DBP mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Trending Searches". Konteks "Trending Searches" ini digunakan untuk mencari perkara yang sedang/semakin popular. Contohnya, untuk minggu ini, pengguna media menyukai Taylor Swift dan mencari lagu-lagunya. Saya mempunyai beberapa versi untuk istilah tersebut iaitu "Trend Carian", "Carian Semakin Popular", "Carian Popular". Mohon nasihat pihak DBP untuk memberikan istilah yang lebih sesuai. Terima kasih. | Tidak ada istilah khusus untuk Trending Searches dalam pangkalan data istilah DBP. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan untuk "Trending Search " ialah Carian yang popular pada masa ini. | Makna | 22.09.2016 |
1. Boria ialah sejenis teater tradisi yang popular. 2. Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular. Penggunaan kata pemeri mana yang lebih sesuai? Ialah atau adalah. | Penggunaan kata pemeri yang betul dalam contoh ayat yang diberikan "ialah". Untuk makluman, kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel? | Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel popular juga mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran, dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. | Sastera | 28.11.2019 |
Salam sejahtera. Apakah maksud 'popular' dan 'aspirin' yang dinyatakan dalam Kamus Dewan terbitan pertama pada tahun 1970? Sekian, terima kasih. | Popular bermaksud di-ketahui dan di-sukai ramai , terkenal (ejaan seperti dalam Kamus Dewan, terbitan 1970). Aspirin ialah ubat sakit demam (sakit kepala dll). | Makna | 05.10.2015 |
Bilakah perkataan 'popular' dan 'aspirin' dipinjam daripada bahasa Inggeris dan digunakan dalam bahasa Malaysia buat kali pertamanya? Bilakah kedua-dua perkataan tersebut dimasukkan ke dalam Kamus Dewan? | Perkataan popular dan aspirin telah dimasukkan dalam Kamus Dewan terbitan pertama pada tahun 1970. | Istilah | 29.09.2015 |
Mohon bantuan adakah ayat ini betul susunannya. Orkid Onsidium popular dikenali sebagai gadis menari (dancing lady). Terima kasih. | Ayat yang gramatis menggunakan salah satu daripada perkataan popular atau dikenali, seperti Orkid Onsidium dikenali sebagai gadis tari. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih | Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya" | Shahnon Ahmad | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1994 |
| Lain-lain | 08.01.2009 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih. | 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul) 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul) 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. Permainan bola lisut kurang popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul) | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Salamualaik... saya cuba mencari maksud 'viral' yang cukup popular ketika ini, namun belum menemui maksud yang saya rasa sesuai. | Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat maksud "viral". Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "viral", iaitu virus. Sekiranya kita merujuk kepada Internet, "viral" bermaksud imej, video, maklumat dan sebagainya yang merebak dengan pantas dan meluas daripada seorang pengguna Internet kepada pengguna internet yang lain. | Makna | 08.01.2015 |
Salam, Bagaimanakah cara penulisan/penggunaan huruf besar dalam pantun popular ini? Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanag, Budi yang baik dikenang juga. Frasa 'Pulau Pandan' dan 'Gunung Daik dijadikan nama khas atau sepatutnya masing-masing ditulis Pulau pandan dan Gunung daik? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Pulau Pandan dan Gunung Daik. | Tatabahasa | 04.09.2014 |