Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[por.tal] | ڤورتل

Definisi : (Komp) laman web yg mempunyai hubungan dgn pelbagai laman web yg lain, biasanya boleh dicapai melalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata portal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA?Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang.Lain-lain07.10.2010
Maaf, saya masih belum berpuas hati sebab saya temui penggunaan perkataan gambarajah satu perkataan dalam portal DPB (seperti dilampirkan). Adakah boleh digunakan pada hal-hal @ situasi tertentu. Jika boleh, bila?

Ejaan yang betul ialah gambar rajah. Untuk pengetahuan saudara, ejaan gambar rajah dalam portal DBP seperti yang dilampirkan ialah istilah lama dan pada ketika itu ejaan gambar rajah dieja rapat. Setelah sistem ejaan baru diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan.

Istilah12.12.2008
sejarah menuju kemerdekaanSdr. boleh lawati Portal Merdeka 50 Tahun yang memberi maklumat terperinci serta interaktif sejarah kemerdekaan di laman Arkib Negara Malaysia http://www.arkib.gov.myLain-lain10.09.2007
1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN?1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku.Lain-lain15.08.2007
Saya sedang mencari idea tentang kolum bahasa yang ingin saya wujudkan dalam portal bahagian kami. Apakah perkataan atau frasa yang sesuai digunakan selain soal jawab bahasa?

Antara sesi seumpama itu yang pernah dilaksanakan ialah bicara bahasa.

Tatabahasa07.04.2010
tuan - ramai yang masih keliru dgn penggunaan baru dan baharu meskipun sudah saya terangkan di portal novel saya. Sudikanh tuan memberi penerangan yg padu dan ringkas untuk membedakan baru dan baharu - AssalamBaru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanpun buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baru berfungsi sebagai kata bantu, contohnya dalam ayat "dia baru sampai dari kampung" dan baharu sebagai kata adjektif, contohnya "buku Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu".Tatabahasa02.01.2013
ada kawasan perumahan di shah alam dinamakan LAMAN SANUR. apakah maksud SANUR itu? saya cari di portal carian kata tidak wujud. tqTiada dalam rujukan kami. Mungkin sanur ialah kata daerah.Lain-lain10.11.2009
Tuan, Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) kini sedang dalam proses membangunkan aplikasi Online Finding Aids (OFA). Penggunaan OFA membolehkan capaian bahan arkib kini tersedia diakses oleh segenap lapisan masyarakat tanpa had waktu, tempat dan ketika. Penyelidik dalam mahupun luar negara boleh terus menggunakan OFA semasa melayari Portal ANM pada bila-bila masa. Portal ini akan disediakan dalam dwi bahasa bagi memudahkan penyelidik dari dalam dan luar negara. Namun pihak ANM perlu pengesahan daripada pihak tuan sama ada penggunaan nama aplikasi ini, Online Finding Aids (OFA), boleh digunakan terus dalam versi bahasa Melayu tanpa diterjemahkan. Mohon makluman dan pengesahan daripada pihak tuan. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BASYARAH BAHALDIN PEGAWAI ARKIB SEKSYEN PANDUCARI ARKIB NEGARA MALAYSIA TEL:03-62090600 / 765 FAX:03-62014352Aplikasi baharu yang jabatan tuan bangunkan sama seperti kemudahan/khidmat yang DBP sediakan kepada pengguna tanpa batas masa dan wilayah geografi. Pengguna di seluruh dunia boleh akses kepada khidmat kami seperti Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Pangkalan Data Korpus dan Khidmat Nasihat DBP secara dalam talian. Dan walaupun penggunanya pelbagai bangsa dan merentas benua, tetapi kita perlu kekal dengan citra kebangsaan dengan memberi nama aplikasi tersebut dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Online Finding Units perlu mempunyai padanan dalam bahasa Melayu kerana itulah bahasa rasmi negara.Istilah10.01.2013
DBP has online kamus, How do i subscribe and what is the cost? I am doing translation of questionnaire, i try to call Persatuan Penterjemahan Malaysia but no one pick up the phone. Do you have any idea what is the charges? How long do they take to do it?'Kamus online' boleh diakses melalui portal KaryaNet, tetapi portal ini sedang dalam penyelenggaraan, sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.Lain-lain23.05.2008
saya memohon jasa baik pihak tuan untuk mengenal pasti ayat di bawah ini jika mengandungi unsur lewah. "......terlibat dalam pembangunan portal ini kerana telah berjaya menyediakan satu ruang maklumat......" pada apa yang saya lihat, penggunaan "kerana telah" terdapat unsur lewah. mungkin ilmu saya terlalu cetek, mohon pihak tuan beri tunjuk ajar kepada saya. saya dahului dengan ucapan terima kasih.Perkataan telah dalam ayat tersebut boleh dibuang tanpa menjejaskan makna ayat, walau bagaimanpun jika dikekalkan tidaklah menjadi suatu kesalahan. Lazimnya pengguna kini lebih suka kepada ayat yang ringkas.Tatabahasa29.06.2012
123

Kembali ke atas