Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

Definisi : 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat; 3. (S.Lukis) bekas mudah alih utk membawa kertas, dokumen, lukisan dsb; berportfolio memegang atau mempunyai portfolio: kepelbagaian pasaran modal menarik portfolio pelaburan yg kukuh serta menarik perhatian pelabur ~; Menteri Tak B~ Menteri yg tidak mempunyai Kemente­rian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

Definisi : 1 bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri: Menteri Tak Ber~ Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawabnya. 2 bekas mudah alih, berupa beg yg agak besar, nipis dan leper utk diisi kertas, dokumen, lukisan dsb. 3 keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata portfolio


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TAKRIF PORTFOLIOTakrif portfolio mengikut Kamus Dewan ialah 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri, contoh: Menteri Tak Berportfolio iaitu Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab; 2. keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat.Makna08.12.2006
Tuan/Puan, Dalam Bahasa Inggeris, "a portfolio of asets", dalam Bahasa Melayu, terjemahannya ialah "sebuah portfolio aset-aset" atau ""sebuah portfolio aset". Secara amnya, bilakah kita guna kata nama bilang (plural noun) seperti pokok-pokok, anak-anak, harta-harta dan bilakah kata nama itu tidak boleh diulang meskipun ia adalah dalam "plural form". Terima kasih.

Dalam terjemahan bahasa Melayu tidak perlu dijamakkan, memadai dengan 'Portfolio aset' atau gunakan kata 'semua', 'Portfolio semua aset'.

Saudara boleh juga menggunakan kata 'semua', 'segala' dsb. untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Contoh: Semua pokok, segala harta dll.

 

Lain-lain13.08.2009
ejaan dalam BM yang betul sama ada 'portfolio' atau 'potfolio'

Tuan,

ejaan yang tepat ialah portfolio.

Ejaan14.08.2011
bolehkah istilah potfolio digunakan untuk merujuk pelajar. contoh : potfolio pelajar atau potfolio guru?Takrif portfolio mengikut Kamus Dewan ialah 1. bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri, contoh: Menteri Tak Berportfolio iaitu Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawab; 2. keseluruhan pelaburan yang dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat.Tatabahasa27.09.2013
Saya ingin mendapatkan terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk perkataan 'rating'. Cth ayat - Rating Services, credit rating, rating portfolio, rating industry. Atau adakah cara lain yang boleh membantu saya untuk mendapatkan bantuan bagi sebarang terjemahan untuk perkataan-perkataan tertentu? Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan rating ialah kadaran/pengadaran/pemerinkatan. Saudara boleh mendapatkan padanan perkataan melalui Carian Kata melalui KNDBP dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka.    Istilah10.04.2009
Salam. Boleh pihak DBP menyemak penggunaan Bahasa di bawah? Berbekalkan pengalaman yang luas, pelbagai keupayaan dalam infrastruktur dan penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri - kami membina hari esok anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. K; kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk semua pelbagai modul perkhidmatan kami. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu.Berbekalkan pengalaman yang luas dalam penyelenggaraan bangunan, pengurusan kemudahan serta perkhidmatan pembersihan industri, kami membina hari esok yang lebih gemilang untuk anda. Kami merupakan rakan kongsi anda yang boleh dipercayai, amanah serta berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami. Kami juga menawarkan satu portfolio perkhidmatan yang komprehensif merangkumi semua fasa projek untuk pelbagai modul perkhidmatan. Membina berdasarkan teras kecekapan kami dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, kami amat sistematik dalam mengembangkan perkhidmatan kami untuk menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat global yang berdaya saing dalam perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan yang bersepadu. Tatabahasa07.09.2011
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti?Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah.Makna20.01.2011

Kembali ke atas