Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos.kod] | ڤوسکود

Definisi : nombor atau huruf yg ditetapkan bagi zon (kawasan, jalan dsb) tertentu bagi memu­dahkan urusan pos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos.kod] | ڤوسکود

Definisi : kod yg terdiri drpd digit dan huruf yg digunakan sbg sebahagian drpd alamat pos (utk memudahkan pengiriman): ~ Jalan Wisma Putra ialah 50460 Kuala Lumpur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poskod


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin dapatkan maklumat berkenaan surat rasmi. Saya keliru mengenai format yang betul mengenai :- 1.nama dan alamat pengirim. Perlukah setiap alamat ada tanda koma di hujungnya? 2.yang mana perlu di Boldkan... poskod,negeri atau daerah? 3.Nama negeri ditulis huruf kecil atau huruf besar? 4.penggunaan singkatan bagi perkataan...bagaimana penggunaan yang sebenarnya?Dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. nama negeri ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dibuat huruf tebal (sekiranya menggunakan gaya sedemikian). Penggunaan singkatan perkataan dalam surat rasmi tidak dibenarkan kecualai di bahagian Ruj.tuan dan Ruj. kami . Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan penggunaan singkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Gaya Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain25.02.2009

Kembali ke atas