Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pos.mén] | ڤوسمين

Definisi : (posmén) pekerja pos yg ditugaskan menghantar bungkusan, surat, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pos.mén] | ڤوسمين

Definisi : /posmén/ pekerja pos yg tugasnya menghantar dan memungut surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata posmen


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan maksud antara `penghantar` dengan `pengantar' ? adakah kedua-dua perkataan ini daripada kata dasar `hantar`? Bolehkah ` bahasa pengantar` disilih ganti dengan ` bahasa penghantar` dengan mengekalkan maksud asalnya? terima kasih.

1. Penghantar ialah orang yg menghantar (mengirim) surat dsb; 2. orang yg membawa sesuatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar;

 Pengantar ialah padangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 2. sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah;

2. Kata dasar bagi penghantar ialah hantar, manakala pengantar ialah antar.

3. Frasa yang betul ialah bahasa pengantar.

Makna09.12.2009

Kembali ke atas