Apakah terjemahan bagi post-nominal? Post-nominal ini yang singkatan darjah kebesaran yang dikurniakan selepas nama orang. Contohnya DK. | Post-nominal bermaksud darjah kebesaran, sementara 'DK' merupakan singkatan darjah kebesaran. | Makna | 24.03.2018 |
Hai, apakah terjemahan bagi "Post"? Perkataan yang ingin diterjemahkan: Post to Facebook and post to global high score. Terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan untuk "post" ialah hantar. | Istilah | 25.10.2012 |
Salam sejahtera. Apakah istilah yang tepat untuk aliran seni Post Impresionism dalam bahasa Melayu? Terima kasih | Menurut istilah bahasa Melayu bagi perkataan post-impressionism ialah post-impresionisme yang bermaksud pergerakan seni lukis Eropah moden yang wujud selepas zaman Impresionisme di Perancis pada lewat abad kesembilan belas. | Makna | 30.12.2019 |
Saudara, Soalan 1) Apakah bezanya 'analisa' denagn 'analisis'? Sila berikan contoh penggunaannya. Soalan 2) Yang manakah yang betul : a] koperasi' atau 'kooperasi', b] 'soalan post', 'soalan post' atau 'soalan pasca'? Sekian. Terima kasih. Salam hormat, Lim Khan San | Perkataan yang betul ialah analisis (daripada perkataan analysis) dan koperasi. Pasca ialah awalan asing dan tidak boleh berdiri sendiri. Lazimnya perkataan yang terbentuk ialah pascasiswazah, pascamoden dan pascasoalan. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
perkataan post mortem menepati maknanya untuk "POST-MORTEM 2014 dan strategi 2015"?? | Dalam konteks umum, post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai, pasca nilai 2014 dan strategi 2015. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2014 |
acting manager post dated cheque | pemangku pengurus cek tarikh hadapan | Lain-lain | 02.04.2007 |
Adakah post-traumatic stress disorder boleh dipadankan dengan Gangguan Tekanan Pascatrauma? (Post-traumatic stress disorder sering disingkatkan menjadi PTSD, bolehkah padanannya juga disingkatkan ke GTP?) | Untuk makluman tuan yang budiman, padanan istilah bahasa Melayu untuk perkataan postraumatic stress disorder ialah kecelaruan stres pascatrauma. Untuk pengetahuan tuan, singkatan sesuatu perkataan tiada yang standard. Sekiranya difahami oleh orang lain ia boleh digunakan. | Istilah | 19.11.2018 |
Apakah daftar istilah untuk "social media post" dalam Bahasa Melayu? | Cadangan padanan istilah bagi "social media post" ialah "hantaran media sosial". | Istilah | 13.05.2022 |
Apa terjemahan yang sesuai untuk "post-apocalyptic" ye? Sekian terima kasih... | Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut: post-apocalyptic - pascamalapetaka Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.06.2022 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi istilah "social media post"? Adakah perkataan pos sesuai untuk digunakan dalam konteks ini? | Dalam konteks media sosial, "post" diterjemahkan kepada "Hantaran". Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah "Hantaran Media Sosial". | Penyemakan dan penterjemahan | 23.04.2018 |