Maksud 'pot' dalam frasa 'tidak ambil pot' dan asal usul frasa tersebut. | Penggunaan yang betul ialah tidak ambil peduli. Frasa "tidak ambil pot" merupakan bahasa pasar. | Tatabahasa | 01.10.2018 |
Apakah cadangan istilah untuk perkataan 'hot pot' dalam masakan atau nama hidangan? Contohnya: Single Hot Pot | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah satu periuk makanan panas atau satu bekas makanan panas. | Istilah | 29.09.2016 |
Apakah ejaan sebenar untuk ungkapan 'pot pet/pok pek' yang sering digunakan untuk menyatakan perbuatan seseorang yang bercakap panjang berjela tetapi tiada makna. Contoh 'Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berpot pet/ berpok pek sahaja tanpa berhenti. Boleh belajar untuk diam tak?' | Untuk makluman tuan, tiada ada perkataan pot pet/pok pek dalam bahasa Melayu baku. Perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah "berleter". Contoh: "Kerja engkau pagi, petang, siang dan malam hanya berleter sahaja. Boleh belajar untuk diam tak?. Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan, maksud berleter ialah bercakap-cakap dgn. tidak berhenti-henti (biasanya apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang), mengomel.
| Tatabahasa | 06.10.2018 |
Salam sejahtera. Saya ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat-ayat di bawah: 1. Salmah mencantas dua pelepah daun pisang di kebunnya. 2. Ibu memasukkan satu pot beras ke dalam periuk. 3. Terdapat tiga sangkar burung di rumah datuk. 4. Suraya membeli satu set pinggan mangkuk di kedai itu. 5. Di tepi tangga itu terdapat satu tabung alat pemadam api. Bolehkah pelepah, pot, sangkar, set dan tabung digunakan sebagai penjodoh bilangan dalam ayat di atas? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, perkataan pelepah, pot, sangkar, set dan tabung tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan ialah kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama ynag mengikutinya. Contohnya, dalam ayat pertama, penjodoh bilangan yang betul ialah batang (Salmah mencantas dua batang pelepah daun pisang di kebunnya. ) | Tatabahasa | 31.10.2013 |