memperlihatkan potensi sendiri atau memperlihatkan potensi diri yang benar? | Jawapan yang betul ialah memperlihatkan potensi diri. | Tatabahasa | 25.10.2021 |
Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada/pada tujuh prinsip kejayaan | Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada tujuh prinsip kejayaan. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Salam DBP. Mohon tuan cadangkan peribahasa yang sesuai utk : setiap orang mempunyai bakat/potensi sendiri Tkasih. | Peribahasa yang berkaitan dengan bakat dan potensi diri antaranya; 1. Ada bakat -bermaksud seseorang yang mempunyai keupayaan dan berkebolehan dalam sesuatu bidang seperti melukis, mengarang dan sebagainya.2. Bakat terpendam -bermaksud kebolehan atau kepandaian yang ada pada seseorang tidak diketahui sehingga bakatnya berjaya dicungkil melalui pertandingan atau sebagainya. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, disusun oleh SN Abdullah Hussain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 29.07.2021 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah terjemahan yang betul untuk "...in exchange for lower potential return"? Adakah (a) "...sebagai pertukaran kepada potensi pulangan yang rendah"; atau (b) "...sebagai tukaran kepada potensi pulangan yang rendah"? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "...in exchange for lower potential return" ialah "... sebagai pertukaran/tukaran untuk potensi pulangan yang rendah". | Makna | 04.10.2021 |
Adakah boleh diterima jika saya tidak guna "yang" di antara "Kempen" dan "berlangsung"? Kempen berlangsung dari 30 Oktober hingga 29 November 2021 ini juga melibatkan pameran dan seminar yang memberikan tumpuan kepada potensi Pelancongan Islam. Terima kasih. | Perkataan “yang” dalam ayat “Kempen yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 29 November 2021 ini juga melibatkan pameran dan seminar yang memberikan tumpuan kepada potensi Pelancongan Islam”, tidak boleh digugurkan. | Tatabahasa | 23.09.2022 |
adakah perkataan kebolehjangkitan boleh digunakan? Konteks ayat "Hal yang demikian kerana bendalir yang keluar dari jenazah mempunyai potensi kebolehjangkitan. Oleh kerana itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan tatacara tertentu bagi pengendalian jenazah pesakit COVID-19." | Perkataan kebolehjangkitan merupakan terjemahan daripada kata R Naught dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 12.10.2022 |
Assalam dan salam sejahtera, saya bagi pihak guru TABIKA KEMAS daerah Ranau, Saabah ingin memohon bantuan dari pihak DBP untuk mendapatkan artikel dan cerita berkenaan sirah Rasul bagi kegunaan pertandingan Hari Potensi KEMAS yang meletakkan syarat wajib menggunakan artikel dan cerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majalah Dewan Pelajar sahaja. Bagaimanapun kami menghadapi masalah untuk mencari tajuk-tajuk yang dikemukakan di dalam syarat-syarat tersebut. Saya memohon kepada pihak DBP untuk membantu kami dalam membuat carian atau menyatakan buku yang mempunyai tajuk-tajuk tersebut dan mencadangkan cara termudah untuk mendapatkannya memandangkan tarikh pertandingan semakin hampir. Dalam lampiran adalah tajuk yang kami perlukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Pertandingan Hari Potensi KEMAS Untuk makluman tuan/puan, syarat pada perkara 7.2 telah diubah suai untuk tidak terikat dengan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu, sekiranya pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, tuan/puan bolehlah menghubungi pegawai KEMAS Ibu Pejabat W.P Putrajaya (Puan Megawati melalui talian 012-329 4696). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.08.2021 |
Assalamalaikum, saya perlukan bahan seperti buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah seperti yg disyaratkan untuk pertandingan bercerita sempena Hari Potensi KEMAS... harap dapat bagi info.. TK.. | Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Puan boleh jadikan e-Niaga pada laman http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman dihujung jari. Silakan pasti ada buku kanak-kanak yang sesuai | Lain-lain | 06.03.2014 |
saya seorang yang suka berkarya tetapi tidak berani menunjukkan bakat yang saya miliki...soalan,bagaimana saya boleh memberanikan diri untuk berdepan dengan pengkarya seperti saya ini????? | Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari kerana mempunyai keberanian untuk bertanya tentang bakat dan potensi diri kepada pihak kami. Sebagai seorang manusia, setiap daripada kita mempunyai bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap hamba-Nya untuk kita melalui perjalanan hidup ini di muka buminya. Justeru, seseorang itu harus mencari dan meneroka bakat ada ada pada diri sehingga seseorang itu tahu bahawa itulah potensi dirinya yang sebenar dan seterusnya memberikan fokus kepada bakat tersebut. bakat yang dimaksudkan di sini ialah pelbagai jenis kemahiran semula jadi seperti memasak, bertukang, menjahit, dan termasuklah menulis atau mengarang. Memang semua perkara tersebut boleh dipelajari, namun bakat semula yang ada pada seseorang itu akan menjadi sesebuah hasil itu lebih baik dan tinggi mutunya. Persoalan di sini sekarang ialah saudari merasakan diri seorang mempunyai bakat dan saudari juga telah menulis, tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah ketidak beranian saudari untuk menonjolkan karya saudari itu di khalayak ramai atau pembaca. Bagi kami, langkah pemula yang harus saudari ambil ialah yakin bahawa saudari harus menghantar karya saudari itu kepada mana-mana pihak penerbit. Langkah kedua, saudari boleh menyertai mana-mana bengkel penulis atau kursus penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Langkah ketiga, saudari boleh mengikuti mana-mana seminar yang berkaitan dengan kesusasteraan atau penulisan. Semua langkah yang diberi ini akan menambahkan keyakinan saudari terhadap diri sendiri dan bakat yang ada. Seterusnya, saudari juga harus berani bertemu atau menelefon mana-mana pihak penerbit untuk bertanya dan berbincang tentang karya yang saudari hasilkan itu sama ada sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Jika saudari tidak melakukan, bakat dan potensi diri saudari itu akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu saudari harus memulakan. Semua bergantung kepada diri saudari sendiri. Bagi pihak DBP, kami mencadangakan saudari merujuk laman web DBP untuk mengetahui bengkel, kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak kami. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.10.2009 |
Penggunaan perkataan 'Ternakan', 'Penternakan', 'Asuhan' dan 'Pengasuhan'. 1. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Ternakan' atau 'Penternakan'? Udang galah merupakan komoditi akuakultur yang mempunyai potensi pasaran yang besar. Namun, industri ternakan/penternakan udang galah menghadapi masalah bekalan benih yang berkualiti yang sesuai untuk diternak. 2. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Asuhan' atau 'Pengasuhan'? Terdapat juga pengusaha yang menjalankan aktiviti asuhan/pengasuhan benih di dalam tangki simen, tangki plastik, tangki polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih. | Perkataan yang betul untuk contoh ayat yang diberikan ialah “penternakan” dan “pengasuhan”.
| Tatabahasa | 21.04.2022 |