Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.trét] | ڤوتريت

Definisi : (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng­gunakan kamera, foto; tukang ~ tukang gambar; 2. gambar orang yg dilukis; memotret 1. mengambil gambar dgn kamera, membuat foto: kedua-dua pelancong itu sibuk ~ bangunan-bangunan pencakar langit dan warung-warung kecil; 2. melukis potret; pemotretan hal atau perbuatan memotret; pemotret 1. tukang potret; 2. = alat ~ alat utk memotret; 3. pelukis sesuatu potret. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.trét] | ڤوتريت

Definisi : /potrét/ 1 gambar yg diambil dgn menggunakan kamera. 2 gambar yg dilukis (biasanya gambar manusia). memotret 1 mengambil gambar dgn kamera. 2 melukis gambar; membuat lukisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potret
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :lukis, lukisan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah istilah "potret" digunakan juga untuk gambar foto haiwan contohnya seperti burung atau serangga? Ini kerana menurut pencarian dalam Gerbang Kata, "potret" membawa maksud: (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng'­gunakan kamera, foto. Di sini ia tidak mengatakan dengan spesifik istilah ini hanya khusus untuk gambar foto manusia. Misalnya, bolehkah saya menulis tajuk seperti: "Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia" Harap dapat penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih...Perkataan potret hanya untuk gambar manusia iaitu lukisan cat, lukisan lakar atau gambar foto yang menggambarkan muka seseorang.

Penggunaan tajuk"Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia",  tidak sesuai kerana menggunakan perkataan potret. Saudara boleh menggunakan tajuk "Koleksi Lukisan Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia".
Tatabahasa11.05.2013
Saya hendak tanya: Potret datuk masih tergantung (di atau pada) dinding bilik tidur ibu. --penggunaan di atau pada ? mana yang betul ? kenapa?Ayat yang gramatis ialah Potret datuk masih tergantung pada dinding bilik tidur ibu kerana pada menunjukkan keterangan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.03.2012
salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah betul penjodoh bilangan bagi potret/lukisan/seni adalah sebuah. terima kasih.Penjodoh bilangan bagi potret/lukisan ialah buah.Lain-lain04.07.2008
dengan menggunakan digunakan bersama atau pilih antara satu?contohnya,dengan dan menggunakan digunakan berasingan.Terima kasihKata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Berdasarkan penerangan pada nombor iii di atas, perkataan "dengan" tidak perlu digunakan bersama-sama dengan "menggunakan"  keranan telah membawa maksud "menggunakan".
Tatabahasa02.03.2012
Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. bolehkah terangkan penggunaan daripada..... kalau ayat "tikar diperbuat daripada buluh" memang betul, kenapa kita tidak boleh gunakan " Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh". boleh terangkan penggunaan dengan dan daripada. sekian terima kasih.

Kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandingan. Contoh:

i. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya
ii. Ukiran itu diperbuat daripada kayu
iii. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.


Kata sendi nama "dengan" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 
i. membawa maksud bersama-sama atau berserta (Ayah pergi ke pekan dengan ibu.)  
ii. membawa maksud cara sesuatu dilakukan (Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul.) 
iii. membawa maksud memakai atau menggunakan (Ani melukis potret itu dengan cat air.)
iv. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama (Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.)

Tatabahasa04.09.2013
Cikgu Tan amat tertarik dengan/oleh tingkah laku Ali (kekeliruan tertimbul, ada munsyi kata oleh=dengar, ada pula kata tidak boleh, ) walhal, boleh atau tak boleh?Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut:
(a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, ter- dan kena. Contohnya: 1. Kuih itu dibeli olehnya. 2. Buku Pelita Bahasa terkarang oleh Za'ba. 3. Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
(b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Contohnya: 1. Ia mati oleh senjatanya sendiri. 2. Pemain badminton itu kalah oleh kekurangan latihan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Cikgu Tan amat tertarik oleh tingkah laku Ali.

Kata sendi nama dengan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut:
1. Membawa maksud bersama-sama atau berserta Contohnya: Ayah pergi ke pekan dengan ibu.
2. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya: Kerja ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.
3. Membawa maksud memakai atau menggunakan. Contohnya: Ani melukis potret itu dengan cat air.
4. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya: Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.
Tatabahasa19.01.2012
Bolehkah anda menghantar karangan fakta bertaraf SPM yang bertajuk "Langkah-Langkah Mencegah Jenayah Sosial dalam kalangan remaja"?

Adik dinasihatkan agar membaca majalah Dewan Siswa seperti yang berikut:

Jenayah remaja meningkat?Noha AbdullahDewan Siswa 01/04/1990Terperinci
Jenayah remaja, siapa bersalah?Zuraida JaafarDewan Siswa 01/08/1983Terperinci
Potret seorang penjenayah remaja Dewan Siswa 01/08/1983Terperinci
Remaja dan jenayahAmiruddin Md. AkhirDewan Siswa 01/07/1995Terperinci
  

Lain-lain30.09.2008

Kembali ke atas